• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Di Mesir Tingkat Langkah Waspada

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia di Mesir diminta sentiasa berwaspada walaupun setakat ini mereka selamat dan tidak terkesan oleh demonstrasi jalanan yang berlaku di Kaherah serta beberapa bandar lain di Mesir pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Peringatan itu diberikan oleh Pengerusi Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI), Universiti Al-Azhar, Mesir, Arifuddin Nor Hisham, 21.

Beliau berkata penuntut Malaysia di sana juga dinasihatkan mematuhi arahan dan peraturan pihak berkuasa Mesir selain mengikut panduan keselamatan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah serta pihak persatuan.

“Pelajar disaran membawa dokumen penting seperti pasport dan kad pelajar sepanjang masa, selain tidak menyertai serta menghampiri sebarang perhimpunan atau berada di kawasan demonstrasi yang dianjurkan mana-mana pihak di Mesir.

“Selain itu, (diingatkan) jangan membawa apa-apa bahan yang menyentuh isu sensitif di Mesir dan tidak berkomunikasi atau beri komen berkaitan politik Mesir khususnya di media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Katanya, pelajar dan warga Malaysia di sana turut sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, sejak tunjuk perasaan itu tercetus.

Semalam, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah meminta warganegara Malaysia di negara Arab itu supaya terus berwaspada dan mengambil perhatian terhadap keselamatan semasa berada di negara itu, susulan tunjuk perasaan jalanan Jumaat lalu.

Menurut laporan media antarabangsa, ribuan rakyat Mesir menyertai demonstrasi itu bagi mendesak peletakan jawatan Presiden Abdel Fattah el-Sisi.

Berkongsi perkembangan terkini di sana, Arifuddin berkata keadaan semasa masih selamat dan terkawal, malah sesi kuliah di universiti itu yang bermula pada 21 September lalu, berlangsung seperti biasa.

Katanya, lokasi tunjuk perasaan itu di kawasan Tahrir, terletak agak jauh dari kawasan penempatan penuntut Malaysia yang majoritinya tinggal di Bandar Nasr.

“Awalnya kami terkejut kerana tunjuk perasaan berlaku secara tiba-tiba, namun alhamdulillah, keadaan terkawal dan kami selamat daripada terkena sebarang perkara yang tidak diingini ketika kejadian itu,” katanya.

Tags: demonstrasi jalananMesirpelajar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd