• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Patik Minta Ampun, Patik Derhaka…”

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selepas dikecam kerana menjadi penyebab kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter baginda, seorang pengguna laman sosial itu dengan nama @frdsasrf membuat permohonan maaf hari ini.

Pengguna Twitter itu, Firdaus Asraf membuat status ‘Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah’ sambil disusuli dengan ucapan permohonan maaf.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

“Adalah dengan penuh hormat dan takzimnya patik merafak sembah dan berdoa ke hadrat ALLAH SWT semoga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan seluruh kerabat-kerabat di Raja sekalian dalam keadaan sihat walafiat, dilimpahi kurnia segara kebesaran dengan penuh kemuliaan dan kedaulatannya.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun.

“Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan dari patik berlaku biadab terhadap tuanku.

“Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang telah durhaka terhadap raja serta kerabat-kerabatnya.

“Patik dengan ini merendahkan diri memohon segala keampunan daripada Raja Permaisuri Agong.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun.

“Seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan tuanku dan patik bersedia menghadap tuanku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” tulis Firdaus Asraf.

Awal pagi tadi, netizen menzahirkan rasa terkejut selepas Raja Permaisuri Agong bertindak menyahaktifkan akaun Twitter baginda, @cheminahsayang.

Tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya namun beberapa individu dikenal pasti antaranya Firdaus Asraf.

Tindakan pengguna Twitter itu turut mendapat respons bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa menegaskan, tindakan tegas perlu diambil polis termasuk menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan ‘kurang ajar’ ini terus ‘naik lemak’.

Menurutnya, golongan tidak menghormati institusi diraja ini sebenarnya sudah ‘dicuci otak’ oleh pihak tertentu untuk membenci institusi diraja sekaligus tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. – Sinar Harian

Tags: pembuli siberRaja Permaisuri AgongTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Umat Islam

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd