• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakaian Seakan Berbogel, Stacy Jawab Kritikan Netizen

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dikritik menggayakan pakaian seakan berbogel, penyanyi Stacy menjawab kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya pada Anugerah Bintang Popular 32 (ABP32).

Ujar pemilik nama sebenar, Ummu Syaikhah Stacy Anam, 29, apa yang berlaku tidak disengajakan.

“Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tidak sangka pula apabila melakukan persembahan atas pentas dengan pencahayaan, pergerakan dan macam-macam benda, jadi lain,” tulisnya di Instagram.

Kata Stacy, dia berharap komen daripada netizen usah terlalu melampau.

“Saya ada suami dan keluarga tapi itulah nasib menjadi manusia bekerja dalam bidang begini memang risiko.

“Silap sahaja terus dilabel wanita akhir zaman,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Stacy berkata, kadang-kadang dia berasa ingin berhenti menjadi penghibur disebabkan hal seperti ini.

“Kadang-kadang rasa ingin berhenti dalam bidang ini tapi belum ada rezeki dan masa yang sesuai.

“Saya nasihatkan jangan tengoklah benda yang menyakitkan mata ini sebab memang tidak elok. Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam,” ujarnya.

Stacy mendendangkan single terbaharunya berjudul Khayal pada Ahad. Dia menyarung body suit berwarna nude berenda hitam dan dihiasi motif floral.

Busana tersebut mendapat kecaman ramai apabila dikritik terlampau seksi seakan berbogel atas pentas. – K! ONLINE

Tags: ABP-32berbogelpakaianStacy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Itu Bukan Farid Kamil Sebenarnya

Next Post

Kes Kampung Baru Selesai Jika Kerajaan Bayar Harga Pasaran

Related Posts

Lelaki Bogel Serang Polis Depan Masjid

27/12/2019
0

KUANTAN - Seorang lelaki kurang siuman yang berbogel bertindak agresif menyerang anggota polis ketika cuba ditahan selepas mengamuk di hadapan...

Lelaki Tak Sedar Berbogel Di Khalayak Ramai

11/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai berhadapan tekanan ekoran peribadi telah minum arak berlebihan menyebabkannya tidak sedarkan diri sehingga berbogel...

Next Post

Kes Kampung Baru Selesai Jika Kerajaan Bayar Harga Pasaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd