• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nour Shafinar Hamil, Tak Sempat Beritahu Mejar Zahir

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Nour Shafinar Harun, isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah lapan hari lepas, perlu terus cekal dan tabah menjalani kehidupan, apalagi setelah mendapati dirinya kini hamil. 

Nour Shafinar, 31, mengetahui tentang kehamilan dirinya, dua hari selepas kematian insan tersayang.

“Dua hari selepas arwah tiada, kawan ada menegur: saya mengandung ke? Kalau ikutkan saya dah tidak datang haid dalam sebulan lebih namun lihat keadaan badan rasa naik, berat naik, (tapi) makan pun tidak (seberapa) sebab saya diet. 

“Saya kuatkan hati saya, buat pregnancy test dan tengok saya hamil. Alhamdulillah saya mengandung, cuma arwah tidak sempat diberitahu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarganya di Taman Perpaduan, di sini hari ini.

Beliau berkata, dia tidak membuat pemeriksaan lengkap mengenai kehamilannya kerana masih bersedih.  

Sementara itu, Nour Shafinar berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak selain reda atas kejadian yang menimpa suaminya, Allahyarham Mohd Zahir.

“Lagi satu saya nak beritahu juga, sebagai isteri kepada arwah, atas kejadian yang terjadi ini saya tidak salahkan mana-mana pihak.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi dan saya juga anggap ini satu kemalangan dalam latihan sebab mereka (rakan setugas) sama-sama ‘sharp shooter’. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat meluangkan masa selama 30 minit menziarahi Nour Shafinar di samping menyampaikan sumbangan peribadi kepadanya.

Nour Shafinar berkata, Tuanku Zara menasihatnya agar bersabar dan redha selain meneruskan hidup serta menguatkan semangat untuk menjaga anak-anak.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah.

Allahyarham Mohd Zahir dilapor meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi, di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada 4 September selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dalam satu kenyataan berkata, siasatan terhadap insiden Mohd Zahir menjurus kepada faktor kecuaian.

Nour Shafinar hamil, tak sempat beritahu Mejar Mohd. ZahirKatanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Tags: hamilMejar KomandoMejar Mohd. Zahir Armayaterkena tembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mesyuarat Kabinet Bincang Usaha Tangani Jerebu

Next Post

Presiden Ketiga Indonesia BJ Habibie Meninggal Dunia

Related Posts

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

23/12/2024
0

MUAR: Seorang lelaki warga Kemboja dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana...

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

02/03/2023
0

Kuala Pilah : Wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menipu pakej umrah dan haji. Ikuti...

Next Post

Presiden Ketiga Indonesia BJ Habibie Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd