Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Pandang Sepi Nasib...

KUALA LUMPUR - Ketika isu-isu berkaitan Syria, Palestin dan Myanmar terus mendapat perhatian...

Penjara Lima Tahun Kerana...

Kuala Terengganu : Juruteknik dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di...

TH Ziarah Keluarga Jemaah...

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi waris jemaah haji...

13,736 Mangsa Banjir Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 13,736 orang setakat...

Muhd Syafiq Dapat Emas Di Kejohanan Terjun Asia

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Muhd. Syafiq Puteh memberikan pingat emas pertamanya di Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 dalam acara 1m papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Penerjun kelahiran Perak itu berkata, inilah kali kedua beliau bertanding dalam Piala Asia selepas  Macau 2017, yang mana beliau menang pingat perak dalam acara 3m seirama campuran bersama pasangannya Nur Dhabitah Sabri.

“Ini pingat emas pertama saya, untuk Piala Asia yang kedua. Sebelum ni dapat perak dengan Nur Dhabitah. Jadi, hari ni saya masuk acara individu dan Alhamdulillah dapat emas.

“Jadi, saya berpuas hati dengan prestasi saya walaupun ada satu atau dua terjunan yang saya buat silap sikit. Tetapi, akhirnya saya dapat konsisten,” katanya kepada pemberita selepas acara itu hari ini.

Penerjun berusia 22 tahun itu mengumpul 356.50 mata untuk menguasai acara enam terjunan itu. Rakan senegara Gabriel Gilbert mengutip 299.10 mata di tempat kedua diikuti penerjun Kuwait, Hasan Qali untuk gangsa dengan 268.20 mata.


Muhd. Syafiq dan Gilbert juga akan bertanding dalam acara 3m papan anjal yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Ketika ditanya mengenai peluang beliau layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Muhd Syafiq berkata, beliau perlu bertanding dengan dua penerjun senior – Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei, untuk merebut dua tempat yang tinggal bagi kategori lelaki.

“Semua hendak pergi Olimpik. Kalau tiada rezeki hendak buat macam mana, saya akan fokus dahulu di Sukan SEA (Filipina 2019) hujung tahun ini,” katanya.

Kategori