• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Cadang Kadar Air Baru Kepada Singapura

oleh
20/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Putrajaya sedang mengkaji peruntukan-peruntukan baru untuk perjanjian bekalan air mentah kepada Singapura, termasuk cadangan untuk mengkaji semula kadar yang menurut Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad tidak adil dan lapuk.

Akhbar Jepun, Nikkei memetik Menteri Luar, Saifuddin Abdullah sebagai berkata cadangan untuk Perjanjian Air Sungai Johor 1962 itu akan dibentangkan kepada Singapura tidak lama lagi.

“Kita tahu perbincangan itu akan menjadi sengit,” katanya.

Bawah perjanjian air yang tamat pada 2061, Singapura berhak mengambil air mentah sebanyak 250 juta gelen sehari (mdg) daripada Sungai Johor.

Johor pula berhak mengambil bekalan harian air terawat sehingga 2% atau 5 mgd daripada air yang dibekalkan kepada Singapura.

Singapura membayar 3 sen bagi setiap ribu gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap ribu gelen.

Singapura menentang cubaan menaikkan harga air mentah, mengatakan Malaysia melepaskan hak itu pada 1987 apabila ia memutuskan untuk tidak menyemak semula harga air.

Sementara itu, Saifuddin memberitahu Nikkei bahawa Malaysia berusaha mengurangkan kebergantungan Johor kepada air terawat dari Singapura.

“Kami juga sedang membangunkan beberapa projek bagi memastikan Johor tidak bergantung kepada bekalan dari Singapura, dan dalam hal air terawat, dalam beberapa tahun akan datang,” katanya. – FMT

Tags: bekalan air mentahperjanjian air 1962Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd