• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beban Majikan Bayar PTPTN Pekerja Walaupun Ada Pelepasan Cukai

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menawarkan beberapa cadangan berhubung sambutan dingin kepada program pelepasan cukai kerajaan kepada majikan yang membantu pekerja mereka membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Di bawah skim yang berlangsung dari Ogos hingga Disember ini, syarikat swasta menikmati pelepasan cukai apabila mereka membayar balik pinjaman PTPTN pekerja mereka.

Bagaimanapun, pengerusinya Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini berkata hanya enam syarikat membayar kira-kira RM98,000 untuk pekerja mereka setakat ini.

Pengarah eksekutif MEF, Shamsudin Bardan berkata majikan juga tidak berminat membayar pinjaman pekerja kerana kontrak itu ditandatangani dengan PTPTN, bukan dengan syarikat.

“Meminta majikan membayar pinjaman pelajar mungkin menjadi beban, terutama jika syarikat itu bukan sebahagian daripada perjanjian pada masa itu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata ia berbeza jika majikan berjanji untuk membuat pembayaran balik pinjaman sekiranya pekerja lulus peperiksaan akhir dengan cemerlang atau dianugerahkan biasiswa.

Beliau mencadangkan agar syarikat membantu PTPTN mendapatkan semula baki pinjaman dengan memasukkannya ke dalam potongan cukai pendapatan pekerja mereka.

“Majikan boleh memotong sejumlah besar dengan memasukkan pembayaran balik PTPTN, dan PTPTN boleh mengutipnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).”

Beliau berkata ini boleh dilakukan sebagai pembayaran sekali sahaja kepada LHDN untuk mengelakkan syarikat terbeban dengan transaksi tambahan.

“Amaun ini boleh dikirimkan dengan cukai pendapatan kepada LHDN, dan PTPTN boleh berurusan dengan LHDN secara langsung untuk mengutip pembayaran,” katanya.

Bagi golongan berpendapatan rendah, beliau mencadangkan satu fail dibuka dengan LHDN untuk mengurangkan jumlah yang munasabah dari gaji mereka untuk dikreditkan kepada LHDN sebagai pembayaran balik pinjaman. – FMT

Tags: majikanpekerjapelepasan cukaiPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kesan Suspek Sumbat Bayi Dalam Mangkuk Tandas

Next Post

Darurat Jerebu: Pelajar Malaysia Di Pekanbaru, Jambi Dipindahkan

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

Apa Itu Pelepasan Cukai?

Apa Itu Pelepasan Cukai?

28/10/2024
0

Ramai orang menyebut tentang pelepasan cukai setiap kali berbicara mengenai cukai pendapatan. Bagaimanapun, tidak semua orang yang bercakap mengenainya memiliki...

Next Post

Darurat Jerebu: Pelajar Malaysia Di Pekanbaru, Jambi Dipindahkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd