• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MA63: Sarawak Tidak Yakin Janji Anwar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Rakyat Sarawak masih meragui janji Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata seorang aktivis.

Francis Paul Siah, pengasas Movement of Change Darawak (MoCS) berkata, ini kerana terlalu banyak janji pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang gagal ditunaikan.

Siah berkata, Anwar tidak harus menunggu sehingga beliau menjadi perdana menteri bagi mengatasi masalah yang menyelubungi MA63.

“Sebagai pemimpin besar dalam majlis presiden PH, Anwar cukup berkuasa untuk mempercepatkan perjalanan perbincangan bagi membolehkan penyelesaian dicapai segera,” katanya kepada FMT.

“Apakah semua keputusan besar tidak dibuat oleh pemimpin PH?” soal beliau.

Beliau berkata, Anwar sendiri kerap bertemu dengan perdana menteri. Justru tidak menjadi masalah sekiranya beliau membangkitkan banyak perkara, termasuk MA63.

Dalam lawatan terbarunya ke Sabah, Anwar berjanji akan menyelesaikan masalah berkaitan MA63 apabila beliau menjadi perdana menteri.

Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, untuk menyemak semula MA63. Langkah itu merupakan sebahagian daripada janji PH untuk memulihkan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf dalam persekutuan Malaysia.

Bulan lepas, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa tujuh daripada 21 isu berkaitan MA63 telah diatasi berikutan persetujuan antara Putrajaya, Sabah dan Sarawak, termasuk mengenai hak sumber balakn dan perhutanan Sabah serta elektrik dan gas Sarawak.

Awal bulan ini, menteri undang-undang, Liew Vui Keong berkata, pasukan petugas MA63 telah menyerahkan laporan akhirnya kepada Kabinet pada 31 Ogos.

Siah mendakwa, wujud muslihat politik dan permainan kuasa dalam kerajaan PH.

Bagaimanapun katanya, Anwar masih perlu diberikan peluang.

“Rakyat Sarawak perlu bersikap adil dan memberi Anwar peluang untuk menunaikan janjinya kepada negeri ini,” katanya. – FMT

Tags: Anwar IbrahimPerjanjian Malaysia 1963sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd