Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Rayuan Terakhir Khir Toyo...

Rayuan terakhir mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohammad Khir Toyo bagi mengetepikan hukuman...

Kevin Zahri Tawar Bantu...

UCAPAN kemenangan Abam Bocey yang berbunyi 'Gemuk is Awesome' mendapat perhatian ramai peminat...

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Terus...

KUALA LUMPUR - Kawalan penularan COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan positif apabila kadar...

India Dilanda Gempa, Gegaran...

SATU kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter dilaporkan berlaku di...

Kualiti Udara Terus Pulih, Johan Setia Kekal IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara terus menunjukkan perkembangan baik pagi ini, dengan hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bawah 100 atau sederhana.

Berdasarkan bacaan IPU terkini di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 10 pagi ini, sebanyak 67 kawasan mencatat kualiti udara sederhana, termasuklah Sri Aman, Sarawak yang pernah merekodkan bacaan IPU melebihi 400 iaitu berbahaya pada Jumaat lepas.

Johan Setia Klang, Selangor yang tidak menunjukkan perubahan kualiti udara sejak semalam, menjadi satu-satunya kawasan dengan IPU tidak sihat pada paras 152 pagi ini, manakala Putrajaya; Klang, Selangor serta Tasek Ipoh dan Seri Manjung, Perak kini mencatat IPU sederhana berbanding tidak sihat, malam tadi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, meramalkan keadaan jerabu yang melanda negara sejak dua minggu lepas akan beransur pulih susulan fasa Monsun Peralihan yang bermula pada 24 September.


Dalam pada itu, sejumlah pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia dijadualkan dievakuasi keluar dari wilayah itu hari ini, ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu.

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semalam, seramai 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia pagi ini, manakala 120 akan dievakuasi ke Malaysia Hall di Jakarta, Indonesia, pada 6 petang ini.

Kategori