• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kor Ming Hasut Rakyat Benci Sultan Selangor – Najib

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menghasut komuniti Cina supaya memprotes titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penggunaan tulisan selain bahasa Melayu pada papan tanda mendapat bantahan ramai pihak.

Tindakan itu juga disifatkan seolah-olah mahu tulisan dwibahasa dikekalkan sebagai menghormati kewujudan bangsa selain Melayu dalam negara ini sedangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan sudah pun memadai sebagai bahasa rasmi.

Menurut Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak itu dalam Facebook miliknya dilihat sebagai tindakan menghasut warga Cina supaya membenci Sultan Selangor.

“Kerajaan PH patut mengambil tindakan terhadap Nga Kor Ming kerana dia telah menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor.

“Posting Facebook mereka kata jangan salahkan kerajaan PH jika mereka tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa kerana ianya keputusan Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, Najib meminta supaya DAP berhenti daripada memainkan sentimen perkauman yang bersifat menghasut rakyat supaya membenci Sultan Selangor.

“DAP mengajak orang Cina yang tidak puas hati dengan keputusan itu untuk membantah di depan muka Sultan Selangor.

“Saya harap kaum Cina tidak termakan hasutan. DAP mesti berhenti menghasut dengan memainkan isu perkauman,” tegasnya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Nga Kor Ming selain menyifatkan beliau sengaja menggunakan tulisan Cina bagi mengelak daripada diketahui oleh masyarakat Melayu.

“Saya tidak pernah melihat MCA berkata sedemikian ketika mereka berada dalam kerajaan. Ini semua menjadi sebab kenapa kami tidak akan mengundi kamu lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti,” kata Cramesh Cheleya.

“Kurang ajar, tak sedar dek untung. Baharu dapat kuasa tak sepenggal sudah berani macam ini,” kata Hafizan Abd. Mulok.

“Warganegara Malaysia guna tulisan dan Bahasa Malaysia lah. Kalau tak tahu bermakna kau bukan rakyat Malaysia lah. Pergi balik tempat asal usul kau tulis dan cakap bahasa kau. Itu pun susah nak faham ke?” soal Suhaimie Shaarie.

Sementara di Facebook Najib pula, rata-rata pengguna menyifatkan kenyataan Nga Kor Ming sebagai hasutan DAP yang menyentuh sensitiviti perkauman dan rasis.

“PH sehingga hari ini guna taktik yang sama. Tak ada cara untuk bangunkan ekonomi tetapi masih bersifat rasis. Terus buat rakyat bergaduh. Hormatlah antara satu sama lain,” kata Vincent Ooi.

“Kalau betul, saya menyeru agar Sultan Selangor menyusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya melucutkan kerakyatan mana-mana Cina yang terlibat termasuk menghasut seperti dalam gambar ini (Ngar Ko Ming),” tegas Ahmad Firdaus.

“Bahasa Cina untuk pendatang haram Cina yang diberi kad pengenalan sebab mereka memang tak reti bahasa. Sebab itu DAP bersungguh-sungguh menjaga pendatang haram yang ada kad pengenalan,” ujar Nolan Rosnam. – UTUSAN ONLINE

Tags: bahasa CinaDAPNajib Tun RazakNga Kor MingSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd