• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama UMNO-PAS Mesti Jangkaui Semua Masyarakat

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerjasama yang terbentuk di antara UMNO dan PAS mestilah menjangkaui semula lapisan masyarakat serta tidak seharusnya menimbulkan ancaman kepada sistem sekular dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, memelihara Perlembagaan Persekutuan serta mempertahankan nilai-nilai kepelbagaian dan kesederhanaan merupakan asas kepada perjuangan parti berkenaan.

Tambah beliau, oleh itu jika kerjasama UMNO dan PAS hanya memperjuangkan satu-satu agama dan kaum serta mengganggu-gugat kestabilan negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan maka MCA tidak akan berkompromi.

“Saya telah menyatakan pendirian MCA sebelum ini ketika bertanding pada Oktober dan mula menjadi Presiden parti pada November tahun lalu bahawa Barisan Nasional (BN) mestilah membentuk satu gabungan politik yang mewakili semua kaum. MCA melakukan yang terbaik untuk memastikan BN terus mempraktikkan prinsip kepelbagaian dan kesederhanaan supaya ia tidak menjadi sebuah gabungan yang hanya memperjuangkan kepentingan sesetengah agama atau kaum.

“Oleh yang demikian, kerjasama antara UMNO dan PAS mestilah menjangkaui semua lapisan masyarakat Malaysia dan berpegang teguh kepada prinsip yang terkandung di dalam piagam yang ditandatangani pada 14 September,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam menambah, demografi pengundi mengikut rekod daftar pemilih 2018 menunjukkan keadaan negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan berbilang agama.

“Terdapat 69 kawasan pilihan raya dengan lebih 40 peratus pengundi Cina dan India termasuk 31 kerusi di Sarawak dan 25 kerusi di Sabah ia menjadikan jumlah kesemuanya 125 kerusi.

“Justeru, negara akan terus aman harmoni apabila semangat kepelbagaian dan kesederhanaan dapat dipertahankan. Parti politik yang hanya memperjuangkan satu-satu kepentingan bukan sahaja menafikan kepelbagaian tetapi juga mustahil untuk mentadbir negara yang akhirnya akan ditolak sendiri oleh rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalMCAPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd