• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tunggu Laporan Pencerobohan Data Malindo Air

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata beliau sedang menunggu laporan lengkap berhubung kes pencerobohan data penumpang membabitkan anak syarikat penerbangan Lion Air termasuk Malindo Air.

Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai pencerobohan data penumpang itu.

“Maklumat berkenaan ada dalam pengetahuan kita dan saya telah minta satu laporan lengkap diberikan kepada saya.

“Saya akan tunggu laporan berkenaan sebelum membuat sebarang komen. Adalah penting untuk saya meneliti semua fakta sebelum membuat satu kenyataan berkenaan perkara itu khususnya dalam keadaan di mana perkara terbabit dalam siasatan sekarang,” katanya di Putrajaya, hari ini.

Gobind ditanya media mengenai laporan berlakunya pencerobohan data besar-besaran sejak bulan lalu membabitkan syarikat penerbangan itu.

Sebelum itu beliau menghadiri pelancaran Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pencerobohan itu menyebabkan maklumat jutaan penumpang termasuk nombor pasport, alamat rumah dan nombor telefon disebarkan menerusi forum pertukaran data dalam talian.

Ditanya ada jangka masa laporan itu akan diterima, Gobind berkata tidak ada sebarang had masa ditetapkan tetapi harap ia dapat diterima secepat mungkin.

“Tidak ada…saya tidak menetapkan sebarang had masa tetapi harap ia dapat disegerakan kerana ia satu perkara cukup penting dan ramai yang melihat kepada aspek keselamatan,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Malindo Air, Chandran Rama Muthy dilaporkan mengesahkan pencerobohan berkenaan ketika dihubungi media.

Menurut Chandran, syarikat penerbangan itu sedang menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan dan telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam perkembangan lain, Gobind berkata satu kertas perhubung penubuhan badan bebas Majlis Belia Malaysia akan dibentangkan ke Kabinet pada suku tahunan ini.

“Telah ada kemajuan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoLion AirMalindo Airpencerobohan data
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

23/06/2024
0

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd