Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

4 Lelaki Mongolia Gagal...

BANGKOK - Polis Thailand berjaya menggagalkan cubaan empat lelaki warga Mongolia yang cuba...

Rafizi Mengaku Dedah Rasuah...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaku beliau yang mendedahkan tentang...

Handphone Dirampas, Ayda Jebat...

SAMPAI tergamam Ayda Jebat dibuatnya.  Itu situasi awkward yang dialami Ayda apabila 'dimalukan'...

Tentera Firaun Pun Ramai,...

KUALA LUMPUR - "Bala tentera Firaun lebih ramai dari Nabi Musa dan pengikutnya,"...

Keputusan Inkues Muhammad Adib Esok

KUALA LUMPUR – Esok sudah pasti menjadi detik paling mendebarkan malah dinanti-nantikan terutamanya keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim yang mengharapkan keputusan Inkues itu memihak kepada wira negara itu.

Inkues kematian Muhammad Adib dijalankan bagi mencari punca kematian anggota bomba itu susulan pelbagai pertikaian tercetus mengenai sebab kehilangan nyawa anak jati Kuala Kedah, Kedah itu.

Prosiding inkues bermula 11 Februari lalu membabitkan seramai 30 saksi dipanggil melibatkan pelbagai landskap kaum dan pekerjaan dengan 137 ekshibit dikemukakan sebagai bukti penilaian keputusan.

Sepanjang 41 hari inkues dijalankan di Mahkamah Koroner Shah Alam, pelbagai catatan menarik hasil keterangan saksi-saksi direkodkan bagi membolehkan Koroner Rofiah Mohammad menterjemahkan kebijaksanaanya pada penghakiman prosiding itu esok.

Pelbagai cerita saksi didedahkan secara bersumpah dihadapan Koroner, Pegawai-pegawai pengendali dan barisan peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan keluarga Allahyarham.

Saksi-saksi yang mencuri tumpuan pula sudah pasti beberapa individu yang berada di tempat kejadian dengan secara aliran dan sekatanya seolah-olah melihat ramai orang sedang membuat bulatan sambil kaki dan tangan masing-masing sedang “menghentam” sesuatu.

Itu belum lagi kisah pegawai dan anggota-anggota bomba yang berdepan detik cemas selepas sekumpulan perusuh mula melancarkan serangan dengan melontarkan pelbagai objek ke arah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Namun, tiada siapa dapat menyeka air mata apabila bapa Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid yang menjadi saksi ke-23 turut hadir dengan wajah sugul. Malah tatkala memberikan keterangan, lelaki berusia 64 tahun hanya mampu menahan sebak dan mengharapkan keadilan memihak anak kesayangannya itu.

Dalam keterangan Mohd. Kassim, anaknya itu sempat bertanya khabar seluruh ahli keluarganya.


Ketika itu, Muhammad Adib hanya dapat berkomunikasi menggunakan tangan yang mana beliau menulis di papan putih.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia termasuk barisan wartawan yang hadir pada prosiding dikejutkan dengan kenyataan saksi ke-24 iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi yang memberitahu corak kecederaan pada Muhammad Adib adalah bukannya dipukul pada hari ke-16 prosiding.

Prosiding sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan Cik Miera atau nama sebenarnya Siti Syafikah Amiera, 27, yang memuat naik komen berhubung kematian Muhammad Adib. Bagaimanapun, dia akhirnya memohon maaf kerana tindakannya itu hanyalah mengikut emosi.

Selain kejutan, elemen perbalahan juga tercetus selepas saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid seperti mempertikai keterangan Dr. Ahmad Hafizam.

Menambahkan lagi episod kejutan, peguam Syazlin Mansor yang mewakili KPKT dan JBPM pula bertindak menarik diri daripada meneruskan inkues yang sudah memasuki hari ke-37 dipercayai menerima tekanan pihak tertentu namun beliau kekal dalam prosiding sebagai wakil keluarga Allahyarham.

Akhirnya, prosiding inkues kematian Hero Malaya itu ditutup pada 24 Julai selepas Koroner berpuas hati dengan semua keterangan diberikan 30 saksi dan esok adalah hari keputusan yang sangat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember 2018, pukul 9.41 malam di IJN selepas 21 hari dirawat dipercayai diserang dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya, 27 November lalu.  Alfatihah. – K! ONLINE

Kategori