• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Harga Minyak Cetus Kebimbangan

oleh
20/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMUDAHAN minyak Saudi Aramco di Arab Saudi diserang dua dron pada 14 September lalu sehingga menyebabkan pengeksport minyak utama dunia itu mengalami kerugian dianggarkan 5.7 juta tong.

Akibat serangan di loji Abqaiq dan Khurais itu, harga minyak dunia menunjukkan peningkatan secara mendadak.

Amerika Syarikat mendakwa serangan tersebut didalangi oleh Iran. Gerakan Houthi di Yemen sendiri mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan berkenaan apabila menghantar 10 dron ke Saudi.

Bagi meredakan keresahan dunia, kerajaan Arab Saudi perlu mengambil tindakan segera agar operasi pengeluaran minyak dapat dipulihkan seperti sediakala.

Selain itu, sekiranya ada tindakan balas bakal dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi, ia kemungkinan akan mendorong harga minyak mengalami kenaikan lebih tinggi lagi.

Kemusnahan yang terjadi di loji Abqaiq dan Khurais itu akan menghakis keyakinan seluruh dunia, lebih-lebih lagi ekoran perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China masih berlanjutan sehingga kini.

Malaysia tidak dapat terlepas daripada kesannya. Namun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu, kerajaan sedia memberi subsidi untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menjelaskan kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak buat masa ini walaupun jangkaan berlaku kenaikan harga minyak dunia berikutan lebih separuh pengeluaran minyak Arab Saudi terjejas.

Kenyataan Dr. Mahathir dan Guan Eng itu pastinya melegakan rakyat negara kita kerana sekiranya harga minyak dinaikkan, ia secara langsung akan membawa bebanan kepada pengguna.

Kejadian serangan terhadap dua loji minyak Aramco yang diserang pemberontak Yaman itu benar-benar menguji kedudukan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasinya walaupun negara kita juga adalah salah sebuah negara pengeluar minyak dunia?

Kini terletak kepada kebijaksanaan kerajaan kita untuk lebih berhati-hati menyusun langkah agar masalah kenaikan harga minyak dunia tidak menjejaskan sangat rakyat.

Tags: Arab SaudiAramcoharga minyak duniaSerangan Dron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd