• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johan Setia Kekal IPU Sangat Tidak Sihat, Sri Aman Turun

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya satu lokasi di negara ini mencatat bacaan kualiti udara sangat tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini, iaitu Johan Setia di Klang, Selangor.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu ialah 213 berbanding 197 (tidak sihat) pada petang semalam.

Bagaimanapun, di Sarawak, kawasan Sri Aman yang sebelum ini terjejas teruk dengan jerebu terus menunjukkan penurunan pada bacaan IPU sejak semalam dan kini mencatat 134  (tidak sihat) berbanding 203 (sangat tidak sihat) semalam.

Sebanyak 40 kawasan merekod bacaan IPU tidak sihat pada pagi ini berbanding 44 semalam, iaitu Langkawi (106); Minden (110) dan Balik Pulau (141) di Pulau Pinang; Taiping (111), Tasek Ipoh (156), Pegoh Ipoh (133) dan Seri Manjung (173) di Perak; Batu Muda (140) dan Cheras (155) di ibu negara serta Putrajaya (175).

Turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Kuala Selangor (185), Petaling Jaya (165), Shah Alam (171) Klang (158), Banting (149) di Selangor; Seremban (159), Port Dickson (145) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (134), Bukit Rambai (138) dan Bandaraya Melaka (133) di Melaka; Segamat (154), Batu Pahat (117), Kluang (111), Larkin (125), Pasir Gudang (114), Pengerang (105), Kota Tinggi (105) dan Tangkak (128) di Johor.

Di Pahang, turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Temerloh (137), Jerantut (114), Indera Mahkota (159) dan Balok Baru (155); manakala di Terengganu ialah Kemaman (158), Paka (135) dan Kuala Terengganu (129), selain Tanah Merah (112) dan Kota Bharu (105) di Kelantan.

Kesemua 25 sekolah yang ditutup di Putrajaya pada Khamis dan Jumaat lepas ekoran jerebu dan kembali beroperasi seperti biasa hari ini.

Di Perak, dua daripada lima penerbangan yang dijadual di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) terpaksa dibatalkan hari ini, susulan jerebu.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Tags: indeks pencemaran udaraJerebujohan setiasri aman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd