• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Dijemput Hadir Mesyuarat TIA

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang diadakan pada tahun 2009.

Mesyuarat pada 5 Mac 2009 itu membincangkan mengenai cadangan pengeluaran bon untuk TIA yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Perkara tersebut dinyatakan oleh bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ketika mengesahkan minit mesyuarat berkenaan.

Dalam dokumen Minit Mesyuarat yang dikemukakan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Amhari Efendi dan bekas Setiausaha 1MDB, Lim Poh Seng iaitu turut hadir selaku sekretariat.

Sementara itu, ketika dirujuk mengenai Minit Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 12 Disember 2008, Amhari Efendi mengesahkan cadangan penubuhan TIA dengan dana permulaan sebanyak RM10 bilion adalah untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan dan berterusan bagi negeri itu.

Minit mesyuarat itu turut menyatakan dana RM10 bilion itu akan diperoleh daripada pengeluaran bon di pasaran kewangan tempatan dan luar negara dengan cadangan supaya Kerajaan Persekutuan menyediakan jaminan sebanyak RM5 bilion bersandarkan kepada sebahagian daripada pendapatan minyak masa depan Terengganu.

Saksi itu turut mengesahkan minit mesyuarat itu juga menyatakan penubuhan TIA adalah satu cadangan yang baik bertujuan memastikan pendapatan negeri Terengganu mencukupi untuk menjana pembangunan generasi akan datang bagi menghadapi keadaan di mana satu hari kelak negeri itu akan kehabisan sumber minyak dan gas. – UTUSAN ONLINE

Tags: 1MDBJho LowNajib Tun RazakTerengganu Investment Authority
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd