• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Dalang Utama, Najib Tak Salah Guna Kuasa – Saksi

oleh
05/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berbeza sedikit nada berbanding dua hari lepas, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin hari ini memberitahu mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai perwatakan gentleman.

Ia dinyatakan ketika pemeriksaan balas di mahkamah.

Antara yang disenaraikan oleh bekas pegawai khas Najib itu termasuklah bekas perdana menteri seorang yang berkarisma, bijak dan seorang strategis yang mahir.

Malah kata Amhari ketika pemeriksaan balas oleh peguambela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika bertanya penjelasan tentang watak gentleman – bekas pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, Najib sebenarnya seseorang yang tidak mengambil kesempatan walaupun mempunyai kuasa.

Shafee: Anda kata Datuk Najib seorang gentleman, berkarisma, bijak, pandai mengemudi perancangan dengan baik. Apa maksud gentleman itu?

Amhari: Walaupun sedar beliau mempunyai kuasa besar di mana beliau sememangnya boleh menyalahguna kuasa itu, Datuk Najib tidak pernah melakukan demikian.

Shafee: Jadi anda kata beliau tidak salah guna kuasa? Adakah anda pernah melihat beliau hilang sabar dan marah?

Amhari: Saya pernah lihatnya hilang sabar.

Shafee: Tapi selalunya tidak begitu?

Amhari: Setuju.

Shafee: Adakah beliau dengar pandangan pegawai-pegawainya?

Amhari: Benar.

Shafee: Apa maksud anda beliau boleh capai matlamatnya?

Amhari: Beliau seorang perancang strategis yang bagus.

Shafee: Anda cakap beliau ada strategi dengan membiarkan pegawai-pegawainya bekerja dalam silos jika diperlukan. Adakah itu kritikan atau pemerhatian?

Amhari: Itu pemerhatian saya.

Shafee: Bila anda menyertai Pejabat Perdana Menteri (PMO), anda dikehendaki mengambil ikrar akur janji rahsia, kerana ada akta rahsia itulah maka tidak ada yang beri maklumat rahsia kepada pihak lain?

Amhari: Setuju.

Shafee: Apa maksud anda bekerja dalam silos?

Amhari: Itu bermaksud seorang pegawai itu bekerja sendirian dan tidak memberitahu pegawai lain dengan apa yang sedang dilakukan olehnya.

Dalam pada itu, Amhari turut memberitahu perwatakan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jo Low yang diisifatkan sebagai ‘pakar manipulasi (master manipulator.)

“Dia (Jho Low) mampu bertemu dan memujuk orang di pelbagai kedudukan, sama ada berpangkat tinggi, pertengahan atau rendah melibatkan orang dan organisasi tempatan dan luar negara untuk mendapatkan apa yang dimahukannya.

“Sehingga pada kebanyakan masa kita tidak kenal siapa orang itu. Jho Low juga pernah mencadangkan agar kelab bola sepak Inggeris, Manchester City datang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan.

“Hubungan Najib dan keluarganya juga sangat rapat dengan Jho Low kerana saya sendiri beberapa kali pernah nampak beliau keluar masuk kediamaan di Langgak Duta banyak kali berbanding orang lain,” ujarnya.

Najib ketika ini berdepan dengan tuduhan penyewelengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion selain daripada 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Perbicaraan mahkamah ditangguhkan hari ini oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah sehingga Selasa depan pukul 9.30 pagi dengan pemeriksaan balas bersama saksi sama. – MalaysiaGazette

Tags: 1MDBJho LowNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd