• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: 337 Sekolah Di Sarawak Ditutup Hari Ini

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 337 sekolah di sembilan daerah di Sarawak di tutup hari ini akibat jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata, ia melibatkan 56 sekolah menengah dan 81 sekolah rendah di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman, Lundu dan kawasan terbaru hari ini, Kanowit.

Seramai 138,384 pelajar terjejas akibat penutupan sekolah hari ini, menurut kenyataan berkenaan.

Berdasarkan data dikongsi Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), keadaan kualiti udara di kebanyakan tempat semakin baik dengan Sri Aman tidak lagi berada pada tahap bahaya.

Menurut Ketua Sekretariat JPBN, Mejar Ismail Mahedin, Sri Aman pada pukul 8 pagi ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara 239 iaitu sangat tidak sihat, berbanding 354 iaitu dalam kategori bahaya pada 12 tengah malam, semalam.

Kualiti udara di Kuching juga bertambah baik pagi ini dengan bacaan IPU 173 berbanding 203 yang direkodkan pada pukul 12 tengah malam, semalam. 

Lapan lagi kawasan lain kekal mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Samarahan (154), Sarikei (157), Sibu (166), Bintulu (120), Mukah (137), Samalaju (102), ILP Miri (120) dan Miri (125).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Tags: JerebusarawakSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd