• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: 24 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 10 pagi ini, sebanyak 24 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat manakala Johan Setia, Klang, Selangor, kekal sebagai satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 209.

Lima kawasan di Selangor mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Kuala Selangor (104), Petaling Jaya (139), Shah Alam (135), Klang (128) dan Banting (123).

Turut merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (126), Seremban (105) dan Port Dickson (102) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (102) dan Bandaraya Melaka, Melaka (105); Batu Muda (152) dan Cheras, Kuala Lumpur ( 144); Segamat (104) dan Tangkak (113) di Johor; Putrajaya (140) dan Rompin, Pahang (161).

Kawasan lain yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Minden (113), Balik Pulau (111) dan Seberang Jaya (105) di Pulau Pinang; Tasek Ipoh (117), Pegoh Ipoh (101) dan Seri Manjung (124) di Perak serta Sungai Petani (109) dan Kulim Hi-Tech(108), Kedah.

Sementara itu, sebanyak 43 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Tags: Indek Pencemaran UdaraJerebu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas akibat jerebu ditutup susulan bacaan Indeks...

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd