• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Ambil Tindakan Pembakaran Disengajakan Di Johan Setia

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja melakukan pembakaran bagi tujuan pembersihan kebun di Johan Setia, Klang, Selangor yang menyebabkan keadaan jerebu di kawasan itu menjadi lebih teruk.

JAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, perbuatan itu menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan meningkat kepada lebih 200 iaitu sangat tidak sihat sejak jam 2 petang semalam sehingga 3 petang tadi.

“JAS akan mengambil tindakan tegas di atas kejadian kebakaran yang disengajakan ini, dengan membuat siasatan lanjut dan turut mendapatkan bantuan pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu JAS berkata, secara keseluruhannya kualiti udara dalam negara masih lagi menerima kesan jerebu merentas sempadan, dengan 35 stesen merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 3 petang tadi.

Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20 menunjukkan terdapat penurunan titik panas di Sumatera, Indonesia iaitu daripada 777 kepada 262, manakala di Kalimantan jumlahnya meningkat daripada 363 kepada 487.

Terdapat sembilan titik panas dikesan di dalam negara iaitu di Pahang (empat), Johor (dua), Terengganu (dua) dan Sabah (satu).

JAS dalam pada itu berkata, pihaknya dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada orang awam mengenai isu bacaan IPU yang dikatakan tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Katanya, orang awam perlu mengetahui bahawa bacaan jarak ketampakan iaitu jarak penglihatan adalah amat berbeza dengan bacaan IPU yang dipaparkan oleh JAS.

“Jarak ketampakan adalah merupakan pengukuran jarak penglihatan sebenar pada masa tersebut, manakala bacaan IPU adalah berdasarkan kepada cerapan kepekatan habuk halus PM2.5 yang dipuratakan pada 24 jam sebelumnya dan akan dikira sebagai IPU,” katanya.

Menurut JAS, bacaan IPU mengambil masa untuk menunjukkan peningkatan bacaan manakala jarak ketampakan boleh dilihat dengan serta merta.

Tags: Jerebujohan setiapembakaran terbukaselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Caj Bank RM2 Dikenakan Tak Termasuk RM25 Untuk Kad Kredit

Next Post

Lelaki Ditemui Mati Dengan 3 Kesan Tikaman

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

Empat IPD Di Selangor Bergabung Laksana Op Empat Penjuru

26/03/2025
0

KLANG - Empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor berganding bahu melaksanakan Op Empat Penjuru bagi membanteras aktiviti jenayah...

Next Post

Lelaki Ditemui Mati Dengan 3 Kesan Tikaman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd