• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iktiraf UEC: Kerajaan Tunggu Laporan Jawatankuasa Kajian

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di Semenanjung Malaysia.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, buat masa ini kementeriannya masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada Jawatankuasa Kajian UEC.

“Bagi Semenanjung Malaysia, kita masih menunggu laporan daripada Jawatankuasa Kajian UEC yang telah kita tubuhkan dan hasilnya kita akan bawa ke kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah-Sekolah Parlimen Simpang Renggam di sini hari ini.

Ditanya mengenai kerajaan Sabah yang sudah mengiktiraf UEC, Maszlee berkata, itu keputusan kerajaan negeri berkenaan.

Malam tadi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada sambutan Festival Kuih Bulan di Kota Kinabalu dilaporkan berkata, kerajaan negeri mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam negeri.

“Kerajaan Negeri telah mengiktiraf UEC di Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini,” katanya seperti dilaporkan.

Mengulas mengenai seorang murid lelaki tahun empat di sebuah sekolah rendah di Likas, Sabah, yang mendakwa guru menghukumnya dengan stapler sehingga luka di telinga kiri akibat tidak menyiapkan kerja sekolah dua hari lepas, Maszlee berkata, pihaknya sedang menunggu siasatan mengenainya.

“Kita (Kementerian Pendidikan Malaysia) masih tunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebab kita mahu siasatan lengkap mengenainya,” katanya.

Mengenai program Sentuhan Kasih SPM dan STPM Sekolah-Sekolah Parlimen Simpang Renggam yang turut dihadiri angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed, Maszlee berkata, ia diharap dapat meningkatkan semangat pelajar di kawasan Parlimen itu untuk berjaya dalam peperiksaan masing-masing.

Tags: Maszlee Maliksijil peperiksaan bersamaUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP tidak akan berpuas hati dengan keadaan semasa kerana perjuangan untuk pengiktirafan penuh Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd