• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Makanan Di Kuala Lumpur, Pulau Pinang Terus Naik

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga makanan yang lebih tinggi telah menyebabkan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang digunakan untuk mengukur barangan pengguna di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya dan Perak melebihi kadar inflasi negara pada Ogos lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Kuala Lumpur mencatatkan kenaikan harga yang paling tinggi iaitu kenaikan sebanyak 2.4 peratus diikuti Pulau Pinang (dua peratus), Selangor, Putrajaya (1.8 peratus) dan Pe­rak (1.6 peratus). Kesemua ne­geri itu melebihi kadar IHP negara 1.5 peratus tahun lalu.

Antara indeks barangan yang menunjukkan kenaikan harga di kebanyakan negeri adalah bawang putih (16.3 peratus), cili hijau (15.2 peratus), tomato (14.5 peratus), kerang (14.1 peratus), yogurt (13.7 peratus), cili merah (13.3 peratus) dan kubis bulat (11.7 peratus).

“Bagi harga makanan di luar, ia mencatat kenaikan 4.4 peratus pada Ogos 2019 berbanding Ogos 2018. Antara barang itu yang mengalami kenaikan harga ialah burger, ayam goreng, pizza dan makanan laut selain ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan tertinggi bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol seba­nyak empat peratus yang mana secara keseluruhan indeks kumpulan itu menunjukkan peningkatan 2.3 peratus pada Jun 2019. 

IHP meningkat 1.5 peratus pada Ogos 2019 kepada 121.8 mata berbanding 120.0 mata pada bulan yang sama 2018.

Daripada 552 item yang diliputi di dalam IHP, 396 item menunjukkan peningkatan pa­da Ogos 2019 berbanding Ogos 2018, manakala 117 item mencatatkan penurunan dan 39 item lain tidak berubah.

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus berban­ding tempoh yang sama 2018.

Tags: harga makananIndeks Harga Penggunakuala lumpurPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mungkin Akan Ada Sedikit Tekanan Pada Harga Makanan’ – Mohamad Sabu

‘Mungkin Akan Ada Sedikit Tekanan Pada Harga Makanan’ – Mohamad Sabu

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, harga makanan mungkin akan mengalami sedikit tekanan...

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengkritik penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave dalam keadaan rakyat diminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd