• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Gula Sekilo Lagi Mahal Dari Getah

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Penoreh di sini mendakwa mereka tidak mampu untuk membeli sekilo gula untuk kegunaan keluarga ekoran kejatuhan harga getah skrap di paras RM2.20 sekilogram.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Mohd Johari Ismail berkata, harga sekilo gula ialah RM2.85, lebih mahal daripada harga sekilogram getah skrap.

“Harga getah sekarang ini ialah RM2.20 dan harga gula sekilo RM2.85. Nak beli gula pun tak cukup.

“Itu belum lagi masuk cerita bab ikan dan lain-lain lagi,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan sekampit beras dan barangan dapur kepada 50 penduduk di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Mohd Johari berkata, beliau mendapati penduduk amat memerlukan sumbangan makanan berdasarkan pengalaman menyampaikan sumbangan hari ini.

Menurutnya, penduduk sanggup menunggu dari jam 11 pagi hingga 1 petang untuk mendapatkan sumbangan makanan.

“Seperti program kita di DUN Bayu, sepatutnya ia berlangsung jam 11 pagi tetapi ditunda hingga jam 1 petang kerana terdapat masalah teknikal.

“Bagaimanapun penerima sumbangan tidak berganjak sebaliknya tunggu sampai kami tiba. Ini menggambarkan betapa perlunya sumbangan ini untuk mereka. Penduduk sangat bersyukur,” katanya.

Mohd Johari berkata, diharap kerajaan dapat memberikan perhatian penuh kepada golongan penoreh kerana saban tahun isu kejatuhan harga getah tetap berlaku.

Dalam pada itu katanya, selain bantuan di Kupang, Muslim Care turut menyampaikan sumbangan di beberapa buah kawasan sekitar DUN Bayu, DUN Kuala Ketil dan sekitar Sik dengan jumlah penerima seramai 300 orang.

“Kami mengagihkan 300 kampit beras dan barangan dapur lain kepada penduduk memerlukan hasil sumbangan rakyat Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: getah skrapgulaharga getahPenoreh Getah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

03/09/2024
0

TAIPING: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki warga...

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

30/06/2024
1

SUNGAI BAKAP - Tiada sebarang kenaikan harga gula yang akan dibuat setakat ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd