• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Wujud Bank Data DNA Perlu Kajian Menyeluruh

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji dan meneliti mekanisme pelaksanaan cadangan mewujudkan bank data asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dimasukkan dalam sijil kelahiran. 

JPN dalam kenyataannya berkata kajian menyeluruh diperlukan kerana pelaksanaan itu akan turut melibatkan agensi berkepentingan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia. 

“Terdapat aspek-aspek perundangan dan dasar yang perlu diwujudkan dan diperhalusi sebelum diputuskan pelaksanaan sepenuhnya,” kata JPN. 

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan JPN mengusul diwujudkan bank data DNA dan dimasukkan dalam sijil kelahiran agar dapat mengekang ketirisan untuk jangka masa panjang. 

JPN dalam kenyataan hari ini turut menjelaskan mengenai pendaftaran lewat kelahiran di mana proses permohonan berkaitan masih boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN berhampiran.

“Walau bagaimanapun pertimbangan bagi kelulusan permohonan akan diputuskan oleh panel khas di Putrajaya dan bukan lagi di peringkat negeri,” kata JPN.

JPN berkata proses yang sama juga akan diguna pakai bagi permohonan daftar lewat kad pengenalan.

“Panel bagi kedua-dua permohonan ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara,” kata JPN. 

Menurut JPN penambahbaikan bagi permohonan daftar lewat sama sekali tidak perlu dibimbangkan kerana permohonan berkaitan masih akan diterima seperti biasa. 

“JPN memberi jaminan ianya tidak akan membebankan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan pedalaman yang mempunyai isu logistik untuk hadir ke pejabat JPN,” katanya.

JPN berkata, penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pendaftaran lewat kelahiran dan pendaftaran lewat kad pengenalan di peringkat JPN adalah bagi memastikan proses berkaitan dilaksanakan secara telus dan berintegriti sekali gus mengelakkan peluang salah guna kuasa.

“JPN komited untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan SOP yang telah diputuskan bagi memastikan tiada lagi kes pemalsuan dokumen terjadi akibat salah laku pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan dokumen secara tidak sah,” katanya.

Tags: bank data dnaJabatan Pendaftaran Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kebocoran Data Dalam JPN – Hamzah

29/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam...

Pangkalan Data Mengandungi 4 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual

28/09/2021
0

SHAH ALAM - Pangkalan data dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa telah dijual di forum pasaran pangkalan data yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd