• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berang Tak Dibayar Gaji, Pengawal Pukul Mati Penyelia

oleh
03/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau.

Seorang penyelia sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan pengawal keselamatan ditemui mati di dalam tandas kakitangan di Kondominium Residents Avenue D’Vogue petang tadi.

Mangsa dipercayai dipukul sehingga menemui ajal oleh salah seorang pengawal keselamatan warga asing yang naik berang kerana tidak dibayar gaji bulanannya oleh majikan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 pada pukul 3.18 petang tadi memaklumkan mengenai penemuan mayat di kondominium berkenaan.

Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak polis menemukan mayat lelaki berusia 54 tahun itu  dalam keadaan terbaring berpakaian lengkap dan berlumuran darah serta kesan muntah.

“Hasil pemeriksaan pada CCTV di lokasi mendapati kejadian berlaku semalam iaitu 1 September 2019 sekitar 6.10 petang menunjukkan si mati dipukul berkali-kali menggunakan helmet oleh seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Don di dalam Bilik Kawalan Pengawal Keselamatan.

“Siasatan polis mendapati punca kejadian mangsa dipukul hingga mati akibat tidak membayar gaji pengawal keselamatan yang bertugas di kondominium itu,” katanya dalam kenyataan.

Ekoran kejadian itu, sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah menahan tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dua suspek masing masing berusia 40 dan 42 tahun merupakan warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kondominium tersebut sementara suspek ketiga warga tempatan berusia 26 tahun merupakan pengurus keselamatan di premis itu.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah dekoder CCTV berdurasi 45 saat yang berjaya  merakamkan insiden tersebut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pukul 7 malam tadi dan proses bedah siasat akan dijalankan 10 pagi esok,” katanya.

Tags: Gajimajikanpengawal keselamatanwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd