• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahasa Melayu, Bahasa Kesepuluh Berpengaruh Di Dunia

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahasa Melayu menduduki tangga kesepuluh yang sangat berpengaruh daripada 6,000 bahasa yang dituturkan di seluruh dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Ghazali Abas berkata, hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi antara bahasa komunikasi utama di peringkat antarabangsa.

Katanya, globalisasi sejak awal abad ke-16 memberi kesan terhadap bahasa Melayu dari segi peristilahan tetapi tetap mengekalkan jati asalnya.

“Ini menunjukkan bahasa Melayu dinamik dan mudah dilentur sesuai dengan peredaran zaman.

“Oleh itu, rakyat yang cinta akan bahasa Melayu perlu mempertahankannya dalam apa jua medium komunikasi. Sektor awam dan swasta juga perlu memainkan peranan dengan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan perniagaan dan pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam majlis Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2019 di sini hari ini.

Tambah Mohd Ghazali, program tahunan anjuran Kementerian Pendidikan itu bertujuan mendidik masyarakat berbilang kaum agar dapat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Saya suka ingatkan segala usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan terhasil sekiranya semua pihak tidak mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menghormati bahasa itu terutamanya dalam kehidupan seharian.

“Justeru, saya berharap semua kementerian akan menyahut seruan kerajaan dengan melaksanakan program Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan di peringkat masing-masing sepanjang tahun ini,” katanya.

Tags: bahasa kebangsaanBahasa MelayuDunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd