• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Puas Hati Lawatan Kerja Di Cameron Highlands

oleh
09/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa puas hati terhadap lawatan kerja dua hari ke sini yang bermula semalam. 

Lawatan ke tanah tinggi ini adalah yang pertama sejak Al-Sultan Abdullah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan ia bukanlah tempat asing bagi Seri Paduka kerana semasa menjadi Pemangku Raja Pahang baginda kerap mencemar duli ke sini. 

Al-Sultan Abdullah bertitah menerusi lawatan itu, baginda berpeluang melihat sendiri pembangunan dan projek-projek bermasalah serta kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Kelab Golf Sultan Ahmad Shah. 

Seri Paduka bertitah kepada Bernama, rasa puas hati itu lebih terserlah apabila berpeluang beramah mesra dengan penduduk di sini termasuk masyarakat Orang Asli di Perkampungan Sungai Ruil dan pemimpin setempat hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli meninjau tapak pencerobohan tanah Sungai Ichat di Kuala Terla dan bertitah agar tindakan tidak bertanggungjawab itu dihentikan segera. 

Bagi melihat dengan lebih jelas lagi pembangunan semasa di kawasan pelancongan itu dan penerokaan haram, Al-Sultan Abdullah berkenan melakukan tinjauan udara dengan menggunakan helikopter petang ini. 

Dalam tinjauan udara itu, Seri Paduka mengagumi keindahan alam dan hutan tebal yang membekalkan gas oksigen kepada manusia sejagat. 

“Blanket of forest, ini satu amanah,” titah Yang di-Pertuan Agong. 

Selari dengan titah Seri Paduka agar semua pihak mengetepikan perbezaan politik demi kemajuan serta pembangunan masyarakat, Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli, Mohd Noor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tanah Rata Chiong Yoke Kong turut sama sepanjang dua hari lawatan kerja Al-Sultan Abdullah. 

Ramli merupakan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional, manakala Chiong adalah wakil rakyat DAP, parti komponen Pakatan Harapan.

Tags: Al-Sultan AbdullahCameron Highlandslawatan kerjaYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

Kesilapan Papar Gambar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit Tak Boleh Diterima – Agong

16/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd