• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini.

Keberangkatan tiba pasangan Diraja pada 8.30 pagi itu disambut dengan alunan lagu Negaraku dari Pancaragam Gabungan Pusat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 21 das tembakan kehormatan dari 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Asri Che Wil.

Ia disusuli terbang lintas hormat lima buah helikopter ATM yang membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai Mejar Abdul Khalid Zainal Abidin dari No 10 Skuadron TUDM.

Seri Paduka kemudiannya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 22 pegawai dan 550 anggota ketiga-tiga cabang-cabang perkhidmatan ATM diketuai Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja Leftenan Kolonel Ahmad Muzaimi Mohd Ali.

Seri Paduka kemudian menaiki pentas untuk menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Usai pemeriksaan barisan, Gabungan Pancaragam Pusat ATM diketuai Mejar Muhammad Nor Azizan Yahaya masuk membuka medan sekali gus istiadat mengarak Panji-panji Yang di-Pertuan Agong menyusul dengan penuh istiadat ketenteraan, dalam tempo kawad perlahan dan cepat.

Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara.

Laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di Dataran Pahlawan Negara pada penghujung istiadat disusuli dengan bacaan doa.

Al-Sultan Abdullah kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM itu, sebelum berangkat meninggalkan majlis itu pada pukul 9.30 pagi.

Iringan muzik lagu-lagu patriotik dimainkan Pancaragam Pusat ATM sepanjang istiadat itu berlangsung kira-kira satu jam menyerikan lagi majlis.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Turut hadir ke istiadat itu ialah pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, atase pertahanan beberapa kedutaan serta suruhanjaya tinggi di negara ini.

Istiadat pada hari ini diakhiri dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku bersekali lintas helikopter ATM.

Tags: Al-Sultan Abdullahistiadat mengarak panji-panjiYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd