• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adib Ditarik Keluar, Dihentak Pada Hujung Daun Pintu EMRS

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner memutuskan bahawa anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar oleh seseorang dan menghentak semula pada daun pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang ketika itu sedang berundur.

Koroner Rofiah Mohamad berkata, perbuatan itu telah menyebabkan dada arwah mengalami kecederaan trauma tumpul.

“Semasa ditarik, posisi arwah pada kedudukan 45 darjah ke bawah dan telah tersepit antara pintu dan jenang pintu EMRS,” katanya.

Menurutnya, teori SI (saksi inkues) 29 iaitu Professor Dr. Shahrom Abd Wahid bahawa Muhammad Adib ditarik keluar dari EMRS dan dihentak ke pintu sebelum diseret ke jalan adalah munasabah berbanding teori SI24 iaitu Pakar Patalogi Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Hafizam Hasmi.

“Penyerang juga telah mengangkat arwah yang dalam posisi 45 darjah itu dan menghentakkan pada hujung daun pintu EMRS sehingga menyebabkan kepatahan pada konteks hujung tulang rusuk kiri yang berbentuk lurus,” katanya.

Pada masa sama arwah sekali lagi ditarik dan pintu tersebut diterajang sehingga hentaman itu terkena pada bawah lengan kanan Muhammad Adib. Sentuhan berimpak tinggi dalam keadaan arwah ditarik telah menghasilkan corak berbentuk seretan pada badannya yang bersentuhan dengan daun pintu.

“Memadai untuk saya menyatakan bahawa mahkamah memutuskan untuk menolak teori SI24 dan sebaliknya menerima SI29,” katanya.

Beliau berkata, antara asasnya adalah kerana SI30 iaitu Pakar Fizik yang secara muktamadnya menyatakan bahawa pengiraan daya SI24 adalah tersasar.

“Ia kerana SI24 telah mengambil kira keseluruhan berat EMRS sedangkan pintu EMRS bersambung dengan badan EMRS dengan cara ‘pin joint’ yang masing- masing mempunyai graviti tersendiri,” katanya.

Sehubungan itu pengiraan daya yang tepat dalam kes ini adalah dari kekuatan impak mengena badan arwah dengan mengira berat jisim pintu kiri EMRS sahaja yang dianggarkan max 30 kg berbanding 1,800 kg van EMRS tersebut.

“Dengan pengiraan daya ini daya yang terkena pada badan arwah adalah 382 Newton yang bersamaan dengan 42 kg.

“Kekuatan ini tidak cukup menyebabkan arwah untuk terpelanting dan terhumban. Oleh itu teori SI24 itu telah tertolak dengan sendirinya,” katanya.

Beliau berkata, teori SI24 yang menyatakan Muhammad Adib terhumban ke bahu jalan adalah menyalahi hukum fizik.

“Daya pergerakan impak adalah mengikut arah daya yang dikenakan.

“Dalam kes ini arwah telah dihentam oleh pintu van EMRS yang mengundur.

“Jika benar dia turun sendiri dan dihentam oleh pintu EMRS yang sedang berundur, maka saya percaya kecederaan yang dialami arwah adalah ‘crush injury’,” katanya.

Rofiah berkata, sekiranya ia berlaku kebarangkalian Muhammad Adib akan digilis oleh tayar EMRS dan FRT yang mengundur dan akan meninggal serta-merta di tempat kejadian.

“Teori arwah juga ditolak,” katanya.

Tags: JBPMKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adibvan emrs
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tidak Pernah Tutup Siasatan Kes Kematian Adib

Next Post

Syukur Adib Dapat Pembelaan Sewajarnya – KP Bomba

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

09/04/2024
0

IPOH : Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik...

Next Post

Syukur Adib Dapat Pembelaan Sewajarnya - KP Bomba

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd