• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

93.7% Penduduk Kg. Baru Setuju Jual RM850 Kaki Persegi

oleh
28/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 93.7 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju untuk menjual tanah milik mereka kepada kerajaan dengan nilai RM850 bagi setiap kaki persegi.

Sumber Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu baki penduduk lain untuk menghantar borang persetujuan berkenaan sehingga 10 Oktober depan.

Bagaimanapun sumber itu berkata tempoh penyerahan borang berkenaan mungkin akan dilanjutkan lagi bagi memberi laluan kepada pihak terlibat untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan waris lain berhubung tawaran kerajaan itu.

“Buat masa ini kita masih belum tetapkan lagi berapa lama tempoh lanjutan itu selepas tarikh akhir pada 10 Oktober ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Pada sesi town hall Pembangunan Kampung Baru sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan tawaran kerajaan untuk pembelian tanah sebanyak RM850 setiap kaki persegi yang rata-ratanya tidak dipersetujui pemilik tanah itu.

Susulan itu Khalid menjelaskan bakal memanjangkan isu tawaran harga itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk perbincangan selanjutnya .

Pada masa sama Khalid berkata, kerajaan memberi jaminan sekiranya pembangunan semula Kampung Baru dilaksanakan dan tidak mampu dibeli orang Melayu tanah berkenaan tidak akan dibuka kepada bukan Melayu atau ditukar status kepada pegangan bebas (freehold).

Katanya, ini kerana Kampung Baru tidak akan dijual kepada bukan Melayu seperti termaktub dalam Akta 733 Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu. – Sinar Harian

Tags: Kampung Barupenduduk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Siasat Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh

Next Post

Tiada Kakitangan Dibuang Kerja Apabila UMT, UniSZA Digabung

Related Posts

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

Kerajaan Tak Cadang Angkat Kampung Baru Sebagai Tapak Warisan UNESCO – Dr Zaliha

13/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ekoran akan...

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

01/11/2023
0

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa. IKUTI...

Next Post

Tiada Kakitangan Dibuang Kerja Apabila UMT, UniSZA Digabung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd