• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

409 Sekolah Di Sembilan Daerah Di Sarawak Ditutup

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebanyak 409 sekolah di sembilan daerah di negeri ini diarahkan tutup hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit diambil kira sehingga pukul enam petang semalam.

Jabatan Pendidikan Negeri dalam satu kenyataan berkata, sekolah itu melibatkan 347 sekolah rendah dan 62 sekolah menengah di Kuching, Samarahan, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Bau, Lundu dan Lubok Antu.

“Ini melibatkan sebanyak 157,479 murid,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Di Kuching, sebanyak 26 sekolah menengah dan 61 sekolah rendah ditutup, Padawan (15 sekolah menengah, 86 sekolah rendah), Betong (lapan sekolah menengah, 45 sekolah rendah), Sri Aman (lima sekolah menengah, 36 sekolah rendah) dan Bau (empat sekolah menengah, 40 sekolah rendah).

Di Lubok Antu pula membabitkan dua sekolah menengah dan 28 sekolah rendah, Samarahan (dua sekolah menengah, satu sekolah rendah) manakala Serian dan Lundu masing-masing 20 dan 30 sekolah rendah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah terlibat bagaimanapun berjalan seperti biasa.

“(Penilaian penutupan sekolah) akan mengikut bacaan IPU setiap pukul 6 petang, kerana keputusan perlu dibuat untuk esok hari.

“Jadi melihat kepada keadaan kualiti udara sekarang ini (hari ini), maknanya mereka (pihak sekolah) kena buat persediaan untuk buka sekolah esok kalau trend bacaan IPU terus menurun,” katanya.

Pagi tadi, sebanyak 50,000 topeng muka sekali lagi diserahkan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah di seluruh Sarawak.

Kualiti udara di negeri ini bagaimanapun dilihat bertambah baik pagi ini, dengan hanya Sri Aman mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat, manakala Kuching yang sejak tiga hari lepas dalam kategori sama akhirnya mencatat bacaan IPU di bawah 200.

Tags: Indek Pencemaran UdaraJerebusarawakSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd