• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Peserta Maraton KL Cedera Dilanggar Lari

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga peserta Standard Chartered KL Marathon cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dikatakan merempuh penghadang keselamatan didirikan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) awal pagi semalam.

“Seorang mangsa mengalami kecederaan kritikal dan dua lagi cedera ringan,” kata jurucakap polis trafik di Ampang Jaya kepada FMT semalam.

Menurut catatan pengguna Facebook Onizuka Rizuan, seorang daripada mangsa itu ialah rakan sekerjanya di PruBSN yang mengalami keretakan di pinggul dan pelvis, serta cedera di kepala dan tangan.

Onizuka merayu saksi kemalangan yang dikatakan langgar lari itu supaya tampil membantu siasatan polis.

Mangsa yang berusia 44 tahun itu dipercayai dalam keadaan stabil dan dijangka menjalani pembedahan. Dia dipercayai ialah pembantu kawasan Parlimen bagi bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin yang merupakan ahli Parlimen Rembau.

Sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook Onizuka menunjukkan Khairy berada di tepi katil mangsa itu.

FMT cuba mendapatkan pengesahan daripada Khairy. Butiran mangsa lain belum diperolehi.

Jurucakap polis berkata, saksi melaporkan kemalangan yang berlaku di MRR2 itu menghala ke arah Gombak.

Tetapi, katanya, tidak jelas jika pemandu merempuh penghalang kerana kawasan itu dalam pembinaan dan peserta mungkin keliru.

Penganjur maraton itu berkata, ia memberi bantuan kepada peserta terjejas akibat kemalangan itu dan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, serta berjanji memberi lebih banyak maklumat apabila memperolehinya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa pihak berkuasa “mengambil tindakan segera untuk mencari individu yang melanggar penghadang keselamatan itu” serta membantu mangsa cedera.

Standard Chartered KL Marathon ialah larian tahunan yang diadakan sejak 1989. Lebih 30,000 peserta mengambil bahagian tahun ini bersama kira-kira 1,900 peserta antarabangsa dari 73 negara. – FMT

Tags: KL Marathon Standard Charteredlanggar laripeserta marathon
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

Pemandu Pikap Navara Ditahan, Mangsa Langgar Lari Alami Pendarahan Otak, Patah Tulang

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pikap Nissan Navara yang disyaki terbabit kes langgar lari sebelum Plaza Tol Duta, di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

Pemandu BMW Langgar Lari Serah Diri

05/02/2025
0

BUTTERWORTH: Pemandu sebuah kereta mewah BMW yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd