• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anugerah FIFA: 3 Negara Dakwa Tidak Undi Messi

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Anugerah FIFA yang berprestij secara tiba-tiba terjebak dalam kontroversi, selepas ada yang mendakwa berlaku penipuan dalam undian, dengan badan induk bola sepak dunia memaklumkan undian Mesir tidak dikira selepas tandatangan mereka ditulis dalam huruf besar.

Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia pada majlis anugerah yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Milan, Isnin lalu (Selasa waktu Malaysia), setelah dia berjaya mengetepikan dua pesaing terdekat, Cristiano Ronaldo dan Virgil van Dijk.

Menyaksikan Van Dijk mempamerkan persembahan mengagumkan di Liverpool, yang mana dia mengetuai pasukannya merangkul gelaran Liga Juara-Juara buat kali keenam, dan Ronaldo mengharungi kempen cemerlang bersama Juventus, tetapi muncul sebagai pemenang adalah Messi yang ternyata mengejutkan ramai pihak.

Dipercayai Mohamed Salah merupakan pencabar terkuat bagi merebut anugerah tersebut dan kini, kemenangan bintang Barcelona itu diragui ketelusannya selepas beberapa persoalan dibangkitkan berhubung kesahihan undian yang dilaksanakan.

Persatuan bola sepak Mesir, jurulatih Sudan, Zdravko Logarusic dan kapten Nicaragua, Juan Barrera menyuarakan kebimbangan terhadap ketelusan undian yang dijalankan ekoran ada yang mendakwa tentang undi mereka tidak dikira.

Persatuan Bola Sepak Mesir mendesak FIFA menjelaskan mengapa undian jurulatih skuad kebangsaan, Shawki Ghareeb dan kapten, Ahmed El-Mohammadi tidak dikira. Malah, nama Ghareeb dan El-Mohammadi tidak dinyatakan dalam undian rasmi penerbitan FIFA.

FIFA kini memberikan alasan bahawa undian mereka tidak dikira kerana tandatangan pada kertas undi Mesir ditulis dalam huruf besar dan ia tidak sah. Tambah FIFA, borang undian tersebut juga tidak ditandatangani oleh setiausaha agung persekutuan bola sepak yang mana ia merupakan mandatori.

Persekutuan Bola Sepak Mesir (EFA) mendakwa, mereka telah menghantar undian secara rasmi kepada FIFA pada 15 Ogos, empat hari sebelum tarikh tutup. Badan induk bola sepak Mesir itu dalam satu kenyataan mempersoalkan mengapa FIFA tidak menerima undian mereka dan mengesahkan EFA telah memulakan siasatan berhubung kegagalan tersebut.

Sementara itu, jurulatih Sudan, Logarisic dan kapten Nicaragua, Barrera menggunakan platform media sosial mendakwa undian yang mereka lakukan tidak sama dengan apa yang dipilih. 

Logarisic berkata, pilihan pertamanya ialah, Salah, tetapi dalam dokumen undian FIFA menunjukkan Messi sebagai pilihannya. Barrera turut mendakwa perkara sama apabila dia menafikan memilih Messi seperti mana yang didakwa FIFA.

“Saya tidak undi Messi. Saya terkejut berada dalam senarai kapten yang mengundi Messi dan tiada penjelasan mengapa ia terjadi,” kata Barrera.

FIFA menegaskan pemain terbaik dipilih berdasarkan undian jurulatih skuad kebangsaan, kapten pasukan dan juga wartawan setiap negara. Undian kemudiannya disiarkan kepada umum sebagai langkah ketelusan. Bagaimanapun, sistem pengundian kini diragui berikutan percanggahan yang berlaku. – Agensi

Tags: anugerah FIFAbola sepakLionel Messi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akhirnya Guan Eng Mengaku Hutang Negara Bertambah

Next Post

Inkues Adib: Permohonan Tommy Ditolak Mahkamah Tinggi

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Inkues Adib: Permohonan Tommy Ditolak Mahkamah Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd