• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Pekerja MAHB Dipanggil Polis Kes Gangguan Sistem KLIA

oleh
02/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis telah memanggil seramai 12 orang pekerja Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan sistem yang dialami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, empat orang daripada jumlah individu yang hadir memberi keterangan merupakan pekerja dari bahagian teknologi maklumat syarikat itu.

“Kesemua yang dipanggil terdiri daripada pelbagai bahagian di MAHB. Bagaimanapun, mereka yang dipanggil telah dilepaskan selepas memberi keterangan.

“Kita menjangkakan akan memanggil lebih ramai individu untuk membantu siasatan. Kes ini akan mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan aspek teknikal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Akhbar Kosmo! baru-baru ini melaporkan, beberapa sistem di KLIA di sini mengalami gangguan pada 21 Ogos lalu.

Gangguan itu melibatkan kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau WiFi, paparan maklumat penerbangan balai pelepasan dan kaunter mengambil bagasi.

Ekoran gangguan sistem itu, sebanyak 20 penerbangan yang dilaporkan ditangguh di terminal utama KLIA dan penerbangan terjejas termasuk ke Narita, Jepun; Perth, Sydney dan Melbourne, Australia; Jakarta, Indonesia; London dan Hong Kong pada 22 Ogos lalu.

Operasi KLIA pulih seperti sediakala pads 25 Ogos lalu selepas selama empat hari mengalami gangguan sistem itu.

Susulan kejadian itu, MAHB telah membuat laporan polis berhubung gangguan sistem di KLIA dan polis telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan berkata, MAHB tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian di KLIA mulai Rabu lepas disebabkan perbuatan berniat jahat.

Bagaimanapun, pihaknya memberi kuasa penuh kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tags: gangguan sistemKLIAMAHBpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

Tambang ‘Limousine Premium’ Guna Toyota Vios Cecah RM389

05/12/2025
0

Pelancong Dakwa Dikenakan Caj Melampau Oleh Mynewshub  Kuala Lumpur – Tular dakwaan seorang pelancong asing yang mendakwa dikenakan tambang sehingga...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd