• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakir Mohon Maaf, Tak Mahu Salah Faham Berlanjutan

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik membuat permohonan maaf terhadap mana-mana pihak yang tersinggung dengan ucapannya yang didakwa disalah tafsir pihak-pihak tertentu baru-baru ini.

Menurutnya, situasi yang berlaku itu berlaku tanpa niatnya dan permohonan maaf dibuat bagi mengelakkan salah faham berlanjutan.

“Walaupun saya telah membuat penjelasan, namun saya ingin memohon maaf kepada mereka yang tersinggung atas salah faham yang berlaku ini.

“Saya tidak mahu ada pihak yang tersinggung dengan saya dan bukanlah niat saya untuk menyentuh mana-mana individu atau masyarakat kerana ia adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakir mendakwa situasi yang berlaku adalah disebabkan tindakan beberapa pengkritik yang cuba menghalangnya daripada melaksanakan misi menyebarkan keamanan di seluruh dunia.

“Saya adalah individu yang membawa mesej keamanan kerana keamanan itu tertulis di dalam al-Quran dan ia menjadi misi utama saya untuk menyebarkannya ke seluruh dunia. Tapi malangnya saya terpaksa berhadapan dengan pengkritik-pengkritik yang cuba menghalang melaksanakan misi itu.

“Seperti yang berlaku sejak beberapa hari ini, saya telah dituduh menimbulkan isu perkauman di negara ini. Pengkritik itu telah menokok tambah dan menggunakan ayat tertentu daripada keseluruhan konteks ucapan saya sehingga saya diminta membuat kenyataan polis,” katanya.

Pada masa sama, Zakir tidak menafikan kejadian yang berlaku itu telah menyebabkan orang bukan Islam menganggapnya sebagai seorang yang rasis.

“Saya berasa sedih dan apa yang membimbangkan, mereka yang terasa hati dengan salah faham ini sebenarnya tidak mendengar ucapan saya sepenuhnya tapi hanya berdasarkan petikan di luar konteks saya.

“Ini amat membimbangkan kerana ia membawa kesan buruk kepada imej Islam sekali gus menjauhkan orang bukan Islam daripadanya. Rasisme adalah perlakuan yang saya tegah, sama seperti al-Quran malah ia sangat bertentangan dengan pendirian saya sebagai pendakwah Islam.

Justeru, Zakir menyeru agar orang ramai terutamanya orang bukan Islam untuk meneliti keseluruhan ucapannya agar salah faham itu dapat dirungkaikan.

“Syarahan penuh saya boleh ditonton melalui YouTube, Peace TV, dan aplikasi mudah alih TV Peace.

“Saya juga tersentuh dengan ribuan sokongan yang diberikan terhadap saya. Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua,” katanya. – Sinar Harian

Tags: cinahindupendakwah antarabangsarasismeZakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengakui berasa sedih dan tertekan ekoran kecaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd