• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yogyakarta Destinasi Agong Seterusnya Di Indonesia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YOGYAKARTA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini tiba di Yogyakarta bagi meneruskan Lawatan Negara ke Indonesia yang bermula pada Isnin.

Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat dari Jakarta  tiba di Lapangan Terbang Udara Adisutjipto di sini pada kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan).

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Timbalan Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta, Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Aryo Paku Alam X dan Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Republik Indonesia, Eko Putro Sandjojo selaku menteri pengiring.

Turut menyambut ketibaan baginda berdua Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar.

Mengiringi baginda dalam lawatan itu ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pegawai-pegawai kanan kementerian luar, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Program lawatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual bermula dengan pertemuan bersama Sultan Yogyakarta dan Gabernor Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X.

Baginda berdua turut dijadual melawat beberapa tempat bersejarah di sini sebelum berangkat pulang ke Malaysia esok.

Tags: Al-Sultan AbdullahIndonesialawatan negaraYang di-Pertuan AgongYogyakarta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd