• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Titah SMK Tanjung Adang Ditutup Sementara

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninjau lokasi kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Gelang Patah di sini hari ini. 

Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja telah diberikan taklimat perkembangan terkini operasi pemadaman api oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Yahaya Madis yang membabitkan kekuatan lebih 70 pegawai dan anggota. 

Dalam lawatan itu, baginda turut melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang yang terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran.

Tunku Ismail menitahkan supaya sekolah yang mempunyai 200 pelajar itu ditutup sementara demi kesihatan pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan.

Kebakaran hutan yang berlaku di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor sejak Rabu lalu dipercayai berpunca daripada cuaca panas merebak sehingga 16 hektar.

Sehingga semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berjaya memadamkan kebakaran 60 peratus daripada keseluruhan melibatkan 79 pegawai dan anggota serta membabitkan 10 buah jentera.

JBPM Johor bertungkus-lumus mengawal dan memadam kebakaran hutan dengan menggunakan kaedah pembinaan ‘fire break’ iaitu mewujudkan parit air supaya api tidak merebak ke kawasan lain disamping operasi pemadaman diteruskan. – K! ONLINE

Tags: gelang patahKebakaran hutanTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd