• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Permohonan PDF Daripada Lynas – MB Pahang

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat sekiranya ada permohonan daripada syarikat memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) berhubung tapak fasiliti pelupusan kekal (PDF) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, itu asas dan pendirian kerajaan sebelum memberi kelulusan sesuatu projek.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada sebarang permohonan dan perbincangan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau wakil syarikat itu mengenai isu berkaitan cadangan PDF untuk sisa buangan Water Leached Purification (WLP) kilang Lynas di Gebeng.

“Kita tidak menerima apa-apa permohonan lagi… kalau ada permohonan kita akan beri perhatian dan pertimbangkan dengan mengambil kira keselamatan rakyat.

“Jika ia tidak mendatangkan masalah, kita boleh beri kebenaran berdasarkan keputusan yang telah buat oleh pakar-pakar dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)… seandainya mereka (pakar) kata ok kita akan ikut, begitu juga jika mereka kata sebaliknya,” katanya pada mesyuarat kedua penggal kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Lee Chean Chung (PKR- Semambu) yang bertanya tentang lima tapak PDF di beberapa daerah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, projek Lynas yang diwujudkan di negeri ini adalah cadangan daripada kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) supaya pelaburan ini dilaksanakan di negara ini.

“Jadi Pahang mengambil peluang ini tetapi lesen Lynas dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri,” katanya.

Tags: fasiliti pelupusan kekallynas malaysiaPahangWan Rosdy Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd