• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Peningkatan Permohonan MM2H Dari Hong Kong

oleh
28/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun berlaku protes di Hong Kong baru-baru ini, Malaysia tidak melihat peningkatan bilangan permohonan bagi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Isham Ishak.

Beliau berkata, untuk program itu, pemohon perlu membuat perancangan rapi memandangkan terdapat beberapa pertimbangan dan proses yang perlu dilakukan sebelum memohon untuk menjadikan Malaysia rumah kedua mereka.

“Ia bukan keputusan spontan dan anda memohon program ini kerana mahu melarikan diri dari negara anda.

“Anda perlu memahami mengapa anda memilih Malaysia, termasuk kesesuaian diri dan orang lain (ahli keluarga dan pembantu rumah, jika ada), keadaan kesihatan, kos sara hidup, gaya hidup dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan berita, protes di Hong Kong bermula Mac lepas, dicetuskan oleh sistem perundangan yang kontroversi, dengan mengekstradisi mereka yang disabitkan dengan jenayah ke tanah besar China dan Taiwan, dan meluas kepada tuntutan demokrasi penuh serta akauntabiliti polis.

Pada 2019, Isham berkata, program itu menerima 3,500 permohonan dari pelbagai negara termasuk Hong Kong.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyatakan berapa ramai dari Hong Kong kerana tertakluk kepada kelulusan akhir Kementerian Dalam Negeri.

“Buat masa ini, sudah cukup untuk mengatakan bahawa sejak tahun 2017, permohonan dari Hong Kong meningkat 20 peratus setahun,” katanya.

Sementara itu, Isham berkata, dari 2002-2018, permohonan yang diluluskan untuk program itu sebanyak 43,943 dari 131 negara, dengan 1,087 dari Hong Kong, menduduki tempat kesembilan antara 10 negara teratas yang menyertai program tersebut.

China mendahului ranking dengan 13,892 permohonan, diikuti Jepun (4,882), Bangladesh (4,187), United Kingdom (2,729) dan Korea Selatan (2,568).

Pada 2018 sahaja, program MM2H menerima 5,011 permohonan.

Dari segi sumbangan kepada ekonomi tempatan, Isham berkata dari 2007-2018, program itu menyumbang pendapatan sebanyak RM18.345 bilion.

“Ini adalah nilai terkumpul yang diperoleh daripada pelbagai pembelian seperti hartanah, deposit tetap, perubatan, pendidikan dan perbelanjaan lain,” katanya.

Beliau berkata, 24 peratus membuat permohonan secara individu manakala permohonan keluarga sebanyak 76 peratus untuk program ini. Sebanyak 51 peratus daripada pemohon berusia 50 tahun ke atas manakala yang lain berusia di bawah 50 tahun.

Isham berkata, program yang diperkenalkan pada tahun 2002, dan berasal dari ‘Program Rambut Perak’, bertujuan untuk warga Jepun dan United Kingdom sebelum dikembangkan ke negara lain.

Mengulas mengenai faktor utama mengapa warga asing memilih Malaysia sebagai rumah kedua mereka, beliau berkata ia adalah kerana reputasi dan kestabilan negara.

Ini, katanya, termasuk hubungan keluarga, kos hidup yang lebih murah, kualiti hidup dan pendidikan yang tinggi, serta cuaca yang baik dan kepelbagaian budaya dan makanan.

Isham berkata sebahagian besar yang menyertai program itu memilih Kuala Lumpur, diikuti Selangor, Pulau Pinang, Johor, Langkawi dan Melaka, sebagai rumah kedua mereka.

Tags: Isham IshakMalaysia rumah keduakuMM2H
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dukacita KDN Enggan Semak Semula Syarat

18/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan dukacita terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan menyemak semula syarat...

Kerajaan Jamin Tidak Beri Kerakyatan Warga Asing Beli Rumah

20/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tidak memberikan status kewarganegaraan kepada rakyat asing yang membeli rumah mewah tidak terjual menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd