• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangkap Individu Bangkit Isu Perkauman, Tiada Amaran – KPN

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA  LUMPUR – Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama; sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan memang saya akan buat (lakukan tangkapan).

“Saya bagi arahan kepada anak-anak buah saya untuk siasat kes terkelas melibatkan keagamaan dan kaum. Jangan tunggu, terus siasat dan tangkap. Saya ulang tiada lagi amaran,” katanya kepada Bernama News Channel di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata  banyak pihak terpedaya dengan agenda tertentu yang dicipta pihak-pihak tidak bertanggungjwab untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.

Beliau berkata, individu-individu yang terpedaya itu, kemudian berkongsi perkara tidak sahih, merakam video berbaur perkauman dan menyebarkannya di media sosial selain menghina dan memaki pemimpin negara.

“Saya menyeru kepada orang ramai jangan terpedaya dengan mainan politik pihak tertentu dengan secara tidak disedari mereka terperangkap, makanya orang yang menularkan video tidak tahu hujung pangkal, akhirnya mereka ditahan dan didakwa.

“Saya nasihatkan jangan ambil tindakan yang melulu dan ikut emosi,” katanya sambil menambah tindakan pihak tidak bertanggungjwab ini telah mengakibatkan masyarakat keliru, takut dan negara dilihat seolah-olah porak peranda.

Abdul Hamid berkata, pelbagai isu perkauman sedang dan telah diselesaikan pihak polis demi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Saya menyeru pemimpin politik supaya mereka ada sikap tanggungjawab dalam bulan (Bulan Kebangsaan) ini kerana kita hendak sambut Merdeka. Banyak kenyataan tidak bertanggungjawab dikeluarkan, sepatutnya mereka (pemimpin politik) lebih bertanggungjawab selepas kita berjaya jalankan proses demokrasi cemerlang.

“Sekarang macam porak-poranda pula. Semua kaum, orang ramai jadi takut apa yang berlaku dalam negara kita ini, biarlah bertanggungjawab.. Jangan keluarkan kenyataan tanpa guna akal fikiran, hentikan semua ini,” katanya.

Tags: Abdul Hamid BadorAgamaBangsaPDRMperkauman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd