• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Mahathir Di Mata Najib

oleh
08/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang ahli politik yang bijak menggunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa.

Katanya, jika tidak memiliki kuasa, Dr. Mahathir akan gunakan politik untuk mencari kuasa.

“Dr. Mahathir ahli politik yang tahu bagaimana hendak gunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa.

“Kalau tak ada kuasa, dia (Dr. Mahathir) akan gunakan politik untuk mendapatkan kuasa,” katanya dalam Wacana Ilmu Hard Truth: “Cash is king” di Menara Datuk Onn malam ini.

Tambah Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), tidak ada siapa boleh membayangkan Dr. Mahathir kini boleh bekerja bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan juga parti DAP.

“Apa yang dia tidak kata kepada Anwar? Malah masa saya jadi Ketua Pemuda UMNO dalam ucapannya selaku Presiden UMNO, dia tuju semua kepada DAP, iaitu DAP anti Melayu, anti Islam dan kini dia bersama dengan parti yang dianggap musuh UMNO, musuh Melayu dan musuh Islam.

“Hari ini di bawah Pakatan Harapan (PH), Melayu dan Islam rasa terancam, tapi matlamat utama Dr. Mahathir ialah kuasa, macam mana nak cari kuasa. Dia kemaruk kuasa, tak kira apa harga yang perlu dibayar,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Najib turut menjelaskan frasa “Cash is King” yang pernah diberitahunya kepada Dr. Mahathir sebelum ini, katanya, rakyat adalah king (raja).

“Saya bukan bermaksud secara literal, bila saya sebut “cash is king”, rakyat itu “king”, duit itu kita gunakan untuk bantu rakyat.

“Tetapi, Dr. Mahathir gunakan konotasi tidak tepat, sama ada dia tak faham atau buat-buat tak faham.

“Maksud saya, sebagai kerajaan, kita mesti bantu orang yang memerlukan pertolongan. Orang tak cukup duit nak beli kasut sekolah, tak cukup makan, ini kumpulan B40 yang memerlukan pertolongan.

“Sebagai kerajaan kita mesti tambah hasil negara terutama sekali melalui kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kalau kata saya beli undi, lebih baik saya bagi kepada penyokong BN, tapi kita berikan pertolongan tanpa syarat, tanpa mengira ideologi politik mereka,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd