• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Bulan Kemerdekaan, PBT Hilang Semangat Patriotik

oleh
16/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika jabatan dan agensi kerajaan berlumba menunjukkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62, ada satu pihak berkuasa tempatan (PBT) menghiaskan laman pejabatnya dengan gambar tentera Jepun.

Tindakan PBT yang terletak di Perak itu menimbulkan kemarahan orang ramai, seolah tidak peka dengan semangat juang anggota tentera yang berkorban nyawa mempertahankan negara dari serangan Jepun dan komunis.

Bagi PBT berkenaan, tanpa rasa bersalah menghiaskan ‘pondok’ dengan Jalur Gemilang, tetapi pada masa sama meletakkan dua gambar askar Jepun seperti sedang mengawal kubu mereka.

Beberapa netizen yang marah setelah melihat gambar itu viral di media sosial mempersoalkan kenapa PBT berkenaan menghiaskan laman pejabatnya dengan gambar askar Jepun.

Gambar itu dirakam seorang netizen di pekarangan sebuah pejabat PBT, yang dikatakan sebagai persiapan sempena bulan kemerdekaan.

“Inikah pakaian askar Melayu Diraja suatu masa dahulu? Adakah ini satu cara halus pihak tertentu untuk mengubah sejarah negara di zaman Malaysia Baharu. Tahniah,” tulis Khairul Ryezal menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Turut kelihatan dalam gambar itu sebuah basikal, bangku tinggi dan beberapa lampu gasolin yang digunakan tentera Jepun dipercayai Tentera Darat ke-25 di bawah perintah Markas Tentera Darat Imperial Jepun ketika mendarat dan menakluk Tanah Melayu tahun 1941.

Sehingga kini tidak diketahui apa motif PBT itu menghiasi laman pejabatnya dengan replika yang tidak menggambarkan langsung pengorbanan angkatan tentera Malaysia.

Masyarakat hari ini, kata netizen itu seperti menyanjung tentera Jepun, pengganas komunis dan pada masa sama menafikan pengorbanan anggota tentera. – MalaysiaGazette

Tags: bulan kemerdekaanpatriotikpihak berkuasa tempatanTentera Jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Covid-19 Tak Halang Usaha Perkasa Sektor Awam

28/12/2020
0

MELAKA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak Covid-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan salah...

COVID-19 Tak Halang Sambutan Bulan Kemerdekaan

27/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Ancaman pandemik COVID-19 yang masih berterusan bakal menyaksikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd