• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka dengan prestasi tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, memandangkan kenaikan mata wang negara maju itu telah dihadkan semalaman susulan langkah China mengekang penyusutan renminbi.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.1830/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1870 ketika ditutup pada Khamis.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte. Ltd., Stephen Innes berkata aset berisiko didagangkan dengan sentimen baik semalaman mendorong pasaran mata wang asing pesat membangun mengalami situasi tidak banyak berubah.

“Namun apabila wujud pemulihan harga minyak mentah, ringgit sewajarnya diniagakan lebih aktif,” katanya dalam kenyataan.

People’s Bank of China sebelum ini menetapkan kadar rujukan harian bagi renminbi dalam pesisir pada 6.9683, lebih kukuh berbanding jangkaan pada 6.9871, dan di bawah paras tujuh bagi setiap dolar AS, telah meningkatkan minat risiko dalam pasaran mata wang.

Saham dan mata wang negara pesat membangun lemah pada Isnin manakala aset selamat menjadi tumpuan selepas pihak berkuasa China membenarkan renminbi melepasi paras penting psikologi pada tujuh bagi setiap dolar AS, paras terendahnya sejak krisis kewangan 2008.

Ringgit terdedah dalam senario ini disebabkan tahap ketidaktentuannya yang tinggi dengan renminbi China, dengan 60 peratus korelasi ke atas kelemahan renminbi.

Semasa pembukaan dagangan hari ini, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.0773/0851 daripada 5.0865/0922 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.6815/6876 daripada 4.6896/6949.

Bagaimanapun ringgit turun berbanding yen kepada 3.9473/9535 daripada 3.9418/9466 semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0259/ 0306 daripada 3.0257/0290.

Tags: Amerika SyarikatDolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd