• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rakam 12 Keterangan Saksi Kemalangan Susur Bangi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan 12 saksi awam, bagi membantu siasatan berhubung insiden kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Syed Muhammad Danial Syed Syakir, pada Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata tiga lagi saksi awam akan tampil memberi keterangan, bagi membantu siasatan kes itu pada petang ini.

“Saksi awam yang hadir memberi keterangan terdiri daripada saksi ketika kejadian dan selepas kejadian berlaku. Ada yang akan hadir untuk beri keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang petang ini.

“Siasatan masih berlangsung dan laporan bedah siasat telah diterima, namun polis menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menilai laporan itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dekat sini.

Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar kenderaan yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kecil dengan keretanya, selepas Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti dekat persimpangan Bandar Baru Bangi, selepas kejadian kejar mengejar antara satu sama lain.

Sebelum kejadian, kedua-dua pemandu dikatakan terlibat dalam pergaduhan dan dileraikan pengguna lebuh raya lain, sebelum mangsa yang keluar semula daripada kenderaannya dilanggar, dan tersepit antara kenderaan dan pengadang jalan.

Susulan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.

Sementara itu, polis akan memanggil Datuk Lokman Adam berikutan dakwaannya, melalui video yang dimuat naik di laman sosial berhubung kes kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Huzir berkata Lokman Adam akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

“Setakat ini pihaknya telah membuka satu kertas siasatan dan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Sebelum ini, Lokman melalui video berdurasi tujuh minit yang dipaparkan di YouTube menggesa orang ramai membuat laporan polis, susulan penularan gambar seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam insiden kemarahan jalan raya, pada Sabtu lepas.

Lokman turut mengaitkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan pegawai penyiasat kes itu berhubung penularan gambar yang dirakam isteri suspek, semasa kejadian.

Tags: kemalangankematianSyed Muhammad Danial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd