• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen Desak Dong Zong Diharamkan Catat Peningkatan

oleh
13/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Petisyen dalam talian ‘Rakyat Malaysia Desak Dong Zong Diharamkan’ terus mendapat sokongan daripada warganet apabila telah mengumpulkan hampir 90,000 tandatangan sehingga 2.30 petang ini dan jumlahnya terus meningkat dari semasa ke semasa.

Petisyen itu dilancarkan oleh Pemuda Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi tandatangan dalam talian di Change.Org.

Pemuda (Armada) Bersatu melancarkan petisyen atas talian itu bagi mengumpul sokongan menggesa pengharaman Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Sebelum ini exconya, Muzzammil Ismail menyifatkan Dong Zong sebagai keterlaluan dan mempunyai niat menggugat perpaduan masyarakat.

“Sebelum ini, mereka lantang menjadi persatuan yang mendesak kerajaan terutama (Menteri Pendidikan) Dr. Maszlee (Malik) untuk mengiktiraf UEC (Sijil Pendidikan Bersepadu).

“Hari ini Dong Zong menekan kerajaan menggunakan pelbagai tuntutan. (Tindakan) Menggerakkan satu petisyen membantah tulisan jawi adalah suatu tindakan tersusun yang amat jahat dalam menggugat warisan Malaysia, kami rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Pada 6 Ogos lalu, 20 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turun berkumpul bagi menyerahkan memorandum menyokong pengenalan seni khat dan tulisan jawi di sekolah kepada wakil Dong Zong.

Kemudian pada 10 Ogos, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan untuk menegaskan bantahan terhadap pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melabelkan Dong Zong sebagai rasis kerana mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah sebagai satu bentuk Islamisasi. – Sinar Harian

Tags: cinaDong Zongpetisyen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd