• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesona Kampong Ayer Pikat Hati Al-Sultan Abdullah

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Keunikan dan keindahan suasana serta seni bina rumah di Kampong Ayer memukau pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang kelihatan teruja melihat kehidupan masyarakat di perkampungan itu.

Kunjungan Seri Paduka ke perkampungan air, yang terkenal dengan gelaran Venice of the East, semalam adalah sebahagian daripada atur cara rangka Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong di Brunei, selama tiga hari bermula kelmarin.

Terletak di tepian Sungai Brunei, Kampong Ayer antara tarikan utama pelancong kerana ia sebuah pemukiman penduduk di atas air terbesar di dunia, yang wujud lebih 500 tahun dahulu.

Seri Paduka berkenan berangkat memudiki sungai ke perkampungan itu menaiki perahu tambang yang menjadi pengangkutan utama ke penempatan berkenaan dan menghubungkan 13 buah kampung atas air di situ yang kepadatan penduduknya 15,000 orang.

Ketibaan Al-Sultan Abdullah dan rombongan disambut Ketua Kampong Ayer, Ahmad Bujang, 73, dan kemudiannya diiringi ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer.

Meluangkan masa kira-kira sejam di perkampungan itu, Seri Paduka turut berkenan mencemar duli mengunjungi rumah ketua kampung itu dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Sambutan lawatan julung kali Seri Paduka dimeriahkan dengan persembahan pertunjukan kebudayaan dan tradisional masyarakat setempat.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja di sini.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka berdua berkenan melawat Galeri Pameran Diraja dan Galeri Jubli Perak. Muzium yang dirasmikan Sultan Brunei pada 30 September 1992 bersempena majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun Sultan Hassanal menaiki takhta.

Reka bentuk bangunan Muzium Alat-Alat Kebesaran Diraja itu menggabungkan ciri-ciri konsep Melayu Islam Beraja dan mempamerkan alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja Negara Brunei Darussalam.

Dalam atur cara berasingan, Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan di Kampung Subok di sini, melawat beberapa bahagian di pusat itu antaranya tenunan, seni ukir, keris, tasbih dan anyaman.

Tunku Azizah kemudian turut berangkat melawat Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei.

Tags: Al-Sultan AbdullahBruneikampong ayerYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd