• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan 1MDB Akan Bermula Pada 19 Ogos

oleh
05/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB akan bermula pada 19 Ogos.

Panel 3 hakim terdiri daripada Abdul Rahman Sebli, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim, dalam keputusan sebulat suara, menolak kedua-dua rayuan yang difailkan pihak pendakwaan serta pembelaan.

“Ini bukanlah kes yang patut dan sesuai untuk campur tangan mahkamah rayuan,” kata Hakim Abdul Rahman, yang mengetuai panel hakim itu.

Beliau berkata mahkamah tidak diyakinkan hakim yang berkenaan melaksanakan budi bicaranya atas prinsip yang salah dalam menolak permohonan untuk penangguhan.

“Yang arif hakim telah pun mengemukakan alasan beliau, dan kami berpendapat alasan yang beliau beri adalah sah,” katanya ketika mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hakim Abdul Rahman berkata hakim Mahkamah Tinggi turut menjelaskan kepada pihak berkenaan bahawa beliau bersedia untuk memenuhi jadual kedua-dua pihak apabila perlu.

“Selain itu, yang arif hakim memberi kebebasan kepada pihak-pihak untuk memohon tarikh dikosongkan untuk perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd. diteruskan,” katanya.

Hakim Abdul Rahman berkata pendakwaan tidak boleh memilih untuk mengenakan pertuduhan berganda dan kemudian memilih untuk menangguhkannya; 1 kes mesti diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes yang 1 lagi, dan menambah, mahkamah tidak boleh digunakan semata-mata sebagai repositori.

Pada 18 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan itu, yang juga dikenali sebagai “perbicaraan Tanore”.

Pendakwaan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan ditangguhkan buat kali ke-4 sehingga selesai kes Najib berkaitan dana SRC International Sdn. Bhd.

Najib, 66, berdepan 4 pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, berjumlah RM2.28 bilion.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd, No 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 2011 dan 2014.

Mengenai perbicaraan kes SRC yang sedang berjalan, Najib berdepan 7 pertuduhan membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta iaitu 3 pertuduhan pecah amanah, 1 pertuduhan salah guna kuasa dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, memaklumkan mahkamah beliau mendapat arahan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan berkata pendakwaan akan turut merayu terhadap keputusan hari ini.

Tags: 1MDBNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd