• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengumuman Penutupan Siaran TV Analog Secara Berperingkat

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara bakal dicatatkan, dengan pengumuman penutupan siaran analog televisyen secara berperingkat, yang bakal membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya.

Pengumuman bersejarah akan dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, dalam satu majlis di Kompleks Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Langkawi petang ini.

Beliau yang berada di sini dalam lawatan kerjanya akan turut melakukan tinjauan kejayaan peralihan sistem siaran tv dari analog ke digital di pulau peranginan ini, yang sudah memasuki minggu kedua pelaksanaan.

Pada sebelah pagi, Gobind akan mengadakan lawatan ke pusat internet Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, sebelum meninjau bilik operasi ‘Analogue Switch Off’ (ASO) di Kompleks APM Daerah Langkawi.

Terma ‘Analogue Switch Off’ (ASO) merujuk kepada penutupan siaran TV, yang ditawarkan secara percuma kepada rakyat oleh RTM sejak 1963 dan oleh TV3 sejak 1984, menggunakan teknologi lama (analog).

Pengguna di Langkawi mula beralih ke siaran TV digital sejak 21 Julai lalu, selepas pemancaran TV analog dari Gunung Raya, di sini ditutup dan digantikan dengan pemancaran TV digital myFreeview yang boleh memberi liputan siaran TV digital, dengan kualiti siaran yang lebih baik.

Pemilihan Langkawi sebagai kawasan rintis bagi permulaan penutupan siaran TV analog dibuat memandangkan Langkawi telah mempunyai ekosistem TV digital yang mantap, di mana liputan siaran TV Digital adalah menyeluruh, di samping penyelesaian pengagihan dekoder percuma kepada isi rumah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Malaysia merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang akan menjalankan penutupan siaran TV analog selepas Brunei serta Singapura, yang telah menutup siaran TV analog mereka sepenuhnya dan bersiaran TV Digital masing-masing pada 31 Disember 2017 dan 1 Januari 2019.

Tags: myFreeviewsiaran analogtelevisyen digital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peralihan Penuh Siaran TV Digital MyFreeview 31 Oktober Ini

24/09/2019
0

CYBERJAYA - Negara akan beralih kepada siaran TV Digital myFreeview secara sepenuhnya pada 31 Oktober ini sekali gus menandakan satu...

Beri Masa Syarikat Baharu Bersaing Dengan Astro – Eddie Syazlee

03/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat baharu yang diberikan Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) memerlukan masa untuk meyakinkan pembekal kandungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd