• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin DAP Hadir Taklimat Isu Tulisan Jawi, Khat

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin DAP berkumpul di ibu pejabat parti itu di sini malam ini bagi menghadiri sesi taklimat berkaitan isu khat jawi di sekolah vernakular.

Antara pemimpin tertinggi yang menyertai taklimat itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Organisasi, Anthony Loke; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo; Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Setiausaha Agung, Teresa Kok serta pimpinan-pimpinan negeri.

Turut hadir ialah Setiausaha Antarabangsa DAP yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Bagaimanapun, pihak media dimaklumkan tiada sidang media diadakan malam ini sebaliknya DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hasil taklimat itu esok.

Baru-baru ini, Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di semua sekolah dalam negara termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Pengumuman itu mendapat bantahan ramai pihak termasuk 138 pemimpin akar umbi dan 13 ADUN DAP.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam maklum balasnya berhubung isu itu berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal.

Kementerian Pendidikan sebelum itu menyatakan pengenalan tulisan khat ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.

Kerajaan turut memberi jaminan akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru. – Sinar Harian

Tags: DAPSekolah Vernakulartulisan Jawitulisan khat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd