• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Lori Rayu Orang Ramai Pulangkan Susu Diambil

oleh
02/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Pemilik lori yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar, di sini semalam meminta orang ramai yang mengambil susu dari kenderaan berat itu memulangkannya kembali bagi mengelakkannya menanggung kerugian besar. 

Azizan Zainuddin, 57, berkata, lori yang dipandu anaknya, Mohd Baihaki, 25,  itu membawa 24 palet susu milik sebuah syarikat.

Menurutnya, mereka hanya mengambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Klang, Selangor ke sebuah gudang di Pengkalan Chepa.

“Saya merayu agar sesiapa yang mengambilnya memulangkan kembali kerana susu itu tidak halal diminum kerana bukan milik kita.

“Setakat ini saya hanya menerima semula dua palet. Satu palet mengandungi 50 kotak susu. Satu kotak ada 48 tin susu, bayangkan berapa banyak kerugian terpaksa ditanggung untuk mengantikan kehilangannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azizan berkata, pihaknya akan meminta pihak masjid mukim Wakaf Zin membuat pengumuman mengenainya waktu solat Jumaat hari ini dan orang ramai yang terambil boleh meletakkan barangan itu di masjid berkenaan sekiranya malu untuk berurusan secara terus.

“Orang ramai yang mahu pulangkan susu juga boleh menghubungi saya di talian 014-8498669 dan saya amat menghargai keikhlasan orang ramai,” katanya.

Kejadian pada pukul 4 petang semalam itu tular di laman sosial apabila orang ramai tanpa segan silu mengambil susu dari lori berkenaan.

Kes kemalangan itu turut dilaporkan kepada pihak polis pada hari kejadian.

Azizan berkata, anaknya yang cedera di bahagian dahi sempat melihat muatan susu yang dibawa tidak bertaburan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun tidak lama selepas itu, gambar-gambar orang ramai mengambil susu tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau turut meminta orang ramai yang terambil susu berkenaan memulangkan kembali kepada pemilik lori berkenaan untuk dikembalikan kepada gedung yang menempahnya. – K! ONLINE

Tags: Kelantankemalangan lorikerugiansusu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GGK: “Saya Bukan Patung” – Sultan Ibrahim

Next Post

Lebih 42,000 Hektar Hutan Terbakar Di Indonesia

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Lebih 42,000 Hektar Hutan Terbakar Di Indonesia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd